Thursday, December 9, 2010

salam maal hijrah 1432...1Malaysia 1Ummah....

Assalamualaikum WBT....

Sedar tak sedar kita kita telah melangkah meninggalkan 1431H dan kini kita telah masuk ke 1432Hijrah...Dan rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru islam 1432H buat muslimin & muslimat...

Semoga tahun 1432Hijrah ini kita akan dapat berhijrah kearah yang lebih baik berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini..Dengan harapan kita akan dapat mendekat lagi diri kepada Allah SWT...Insyallah...

Thursday, December 2, 2010

Fatimah Radiyallahuanha Memahami Erti Jilbab yg Sesungguhnya

Adakah kaum muslimin dan muslimah yang tak mengenal sosok Fatimah binti Rasulullah salallahu alaihi wassalam? Rasanya tak mungkin! Beliau radiyallahuanha satu-satunya puteri Rasulullah salallahu alaihi wassalam yang hidup mendampingi beliau hingga wafatnya beliau ke Rafiqil a’la.1Fatimah az-Zahra radiyallahuanha adalah ratu bagi para wanita di syurga (Sayyidah nisa ahlil jannah). Pemahaman beliau tentang erti jilbab yang sesungguhnya sangat layak untuk disemak dan direnungi oleh para muslimah yang sangat merindukan syurga dan keredhaan RabbNya. Sudah sempurnakah kita menutup aurat kita seperti apa yang difahami Sahabiyah?


Wahai saudariku muslimah yang merindukan syurga Firdaus al-A’la…Sahabiyah yang mulia ini memandang buruk terhadap apa yang di lakukan wanita terhadap pakaian yang mereka kenakan yang masih menampakkan gambaran bentuk tubuhnya. Apa yang beliau tidak sukai itu beliau sampaikan kepada Asma radiayallahuanha sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Ummu Jaafar bahwasanya Fatimah binti Rasulullah salallahu alaihi wassalam berkata:
“Wahai Asma’! Sesungguhnya aku memandang buruk apa yang dilakukan oleh kaum wanita yang mengenakan baju yang dapat menggambarkan tubuhnya.” Asma’ berkata: "Wahai puteri Rasulullah mahukah kuperlihatkan kepadamu sesuatu yang pernah aku lihat di negeri Habasyah?” Lalu Asma’ membawakan beberapa pelepah daun kurma yang masih basah, kemudian ia bentuk menjadi pakaian lantas dipakai. Fatimah pun berkata: “Betapa baiknya dan betapa eloknya baju ini, sehingga wanita dapat dikenali (dibezakan) dari lelaki dengan pakaian itu. Jika aku nanti sudah mati, maka mandikanlah aku wahai Asma’ bersama Ali (dengan pakaian penutup seperti itu) dan jangan ada seorangpun yang menengokku!” Tatkala Fatimah meninggal dunia, maka Ali bersama Asma’ yang memandikannya sebagaimana yang dipesankan. ”2
Syeikh al-Albani rahimahullah berkata: Perhatikanlah sikap Fatimah radiyallahu anha yang merupakan bahagian dari tulang rusuk Nabi salallahu alaihi wassalam bagaimana ia memandang buruk bilamana sebuah pakaian itu dapat mensifati atau menggambarkan tubuh seorang wanita meskipun sudah mati, apalagi jika masih hidup, tentunya jauh lebih buruk. Oleh kerana itu hendaklah kaum muslimah zaman ini merenungkan hal ini, terutama kaum muslimah yang masih mengenakan pakaian yang sempit dan ketat yang dapat menggambarkan bulatnya buah dada, pinggang, betis dan anggota badan mereka yang lain. Selanjutnya hendaklah mereka beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadaNya”3


Wahai ukhti muslimah yang dirahmati Allah,…benarlah apa yang dikatakan oleh Syeikh al-Albani rahimahullah. Fitnah yang melanda kaum muslimah begitu deras dan hebat.Jika Fatimah radiyallahuanha saja tidak rela jasadnya tergambar bentuk tubuhnya tentulah dapat kita fahami bagaimana beliau mengenakan jilbab di masa hidupnya. Kerana beliau sangat memahami perintah jilbab dengan pemahaman yang benar dan sempurna. Pemahaman beliau yang sangat mendalam ini jelas tersirat dari ketidaksukaannya yang beliau pandang sebagai suatu keburukan apabila seorang wanita memakai pakaian yang dapat menggambarkan lekuk tubuhnya.


Lalu bandingkanlah dengan apa yang dikenakan oleh sebahagian kaum muslimah dewasa ini sangat jauh dari apa yang disyariatkan oleh Rabb mereka. Jauh panggang dari api. Mereka menisbahkan pakaian wanita dengan kerudung ala kadarnya yang sekadar menutupi leher-leher mereka tidak sampai menutupi dada dengan nama pakaian islami atau jilbab. Dan ironisnya yang memakainya pun merasa bahawa apa yang mereka pakai itu sudah benar kerana melihat para artis di TV mengenakan yang demikian itu jadilah pakaian trendy ini menyebar begitu cepat dan menjadi pakaian pilihan utama mereka.


Bahkan tentu terkadang kita melihat saudari kita yang memakai busana muslimah yang justeru menambah fitnah kerana nampak jelasnya lekuk tubuh mereka dengan penutup kepala yang melilit di leher (sehingga jenjang atau tidaknya bentuk leher terlihat sangat jelas) dan hanya sampai di bahagian pundak saja tidak sampai ke dada disambung dengan pakaian ketat yang menggambarkan bentuk payudara mereka kemudian celana ketat yang menambah jelas lekukan tubuh mereka.


Ada juga yang memakai abaya (gamis/pakaian terusan) memilih ukuran yang ketat daripada ukuran besar dan lapang dengan alasan agar nampak cantik dan modis! Sebahagian ada pula yang memakai penutup kepala dengan menyanggul rambut-rambut mereka hingga ketika mereka berjalan dapat dilihat dengan jelas ikatan rambut tersebut, kerana sangat kecilnya penutup kepala yang mereka pakai maka merekapun mengikat rambut tersebut agar tidak menyembul keluar. Bukankah apa yang mereka pakai itu semua justeru yang semestinya mereka jauhi kerana Rasulullah salallahu alaihi wassalam telah bersabda:
“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bongkol (punuk) unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk.”4
Di dalam hadis lain terdapat tambahan:
“Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan memperoleh baunya, padahal baunya syurga itu dapat dicium dari perjalanan (jarak) sekian dan sekian.”5
Kemudian lihatlah penjelasan dari Ibnu Abdil Barr rahimahullah ia berkata:
“Yang dimaksud Nabi salallahu alaihi wassalam adalah kaum wanita yang mengenakan pakaian yang tipis, yang dapat mensifati (menggambarkan) bentuk tubuhnya dan tidak dapat menutup atau menyembunyikannya. Mereka itu tetap berpakaian namanya, akan tetapi hakikatnya telanjang.”6
Dari Ummu Alqamah bin Abu Alqamah bahawa ia berkata :“Saya pernah melihat Hafsah bin Abdurrahman bin Abu Bakar mengunjungi Aisyah dengan mengenakan khimar (kerudung) tipis yang dapat menggambarkan pelipisnya, lalu Aisyah pun tak berkenan melihatnya dan berkata: “Apakah kamu tidak tahu apa yang telah diturunkan oleh Allah Subhanahu wa taala dalam surah An-Nur?!” Kemudian Aisyah mengambilkan khimar untuk dipakaikan kepadanya.7
Syeikh Albani menjelaskan perkataan Aisyah radiyallahuanha: Apakah kamu tidak tahu tentang apa yang diturunkan oleh Allah dalam surah An-Nur? Mengisyaratkan bahawa wanita yang menutupi tubuhnya dengan pakaian yang tipis pada hakikatnya ia belum menutupi tubuhnya dan juga belum melaksanakan firman Allah Subhanahu wa taala yang ditunjukkan oleh Aisyah radiyallahuanha iaitu “Dan hendaklah kaum wanita menutupkan khimar/kerudung pada bahagian dada mereka”8


Tidakkah kita melihat perbezaan yang sangat jauh antara generasi Sahabiyah dengan kita? Mereka benar-benar menjadikan jilbab sebagai penutup tubuh dan aurat sebagai bentuk ketaatan pada perintahNya sedangkan kita justeru sebaliknya menjadikan jilbab sebagai pembuka fitnah kecuali wanita-wanita yang dirahmati Allah. Jilbab yang difahami sahabiyah sebagai pakaian yang lapang (lebar) yang menutupi tubuh dari atas kepala hingga hujung kaki sedangkan kaum muslimah sekarang menganggap jilbab adalah secarik kain yang digunakan untuk menutupi rambut mereka saja sedangkan bahagian-bahagian lainnya mereka tutupi dengan bahan yang ala kadarnya yang tidak dapat dikatakan menutupi aurat apalagi menutupi lekuk tubuh mereka. Kepada Allahlah kita memohon pertolongan semoga kaum kita mahu kembali kepada Rabb mereka dan berusaha untuk menunaikan apa yang diperintahkan Allah dan rasulNya secara sempurna dan menyeluruh.


Sebagaimana firmanNya:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 208)

Wallahu’alam bissawwab.

Diolah semula dari bahasa Indonesia oleh: M.A.Uswah
Rujukan:
Jilbab Wanita Muslimah menurut Al-Quran dan Sunnah, Syeikh Nasiruddin al-Albani, Pustaka Tibyan, Solo.
Ringkasan Sahih Muslim, Imam al-Munziri, Pustaka Amani, Jakarta.
Mengenal Shahabiyah Nabi Shalallahu alaihi wassalam, Mahmud al-Istanbuli, Pustaka Tibyan, Solo.
Catatan kaki:
Hadis yang di riwayatkan Bukhari V/137 dan Muslim no.2450 yang berbunyi :“Wahai Fatimah relakah engkau menjadi ratu bagi para wanita disyurga?….”[Lihat Mengenal Shahabiyah Nabi Shalallahu alaihi wassalam hal :127-128] [↩]
Dikeluarkan oleh Abu Nuaim dalam kitab al-Hilyah 2/43, al-Baihaqi 3/34-35 untuk lebih jelasnya dapat dilihat dalam Jilbab Wanita Muslimah, Syeikh Nasiruddin al-Albani, hal 140-141 [↩]
Jilbab Wanita Muslimah hal: 140 [↩]
Dikeluarkan oleh at-Tabrani dalam “Al-Mu’jam As-Shaghir” hal. 232 dari hadis Ibnu Amru dengan sanad shahih lihat jilbab wanita muslimah hal :130 [↩]
HR Muslim dari riwayat Abu Hurairah hadis no.1388 [↩]
Dikutip oleh As-Suyuti dalam “Tanwirul Hawalik” 3/103 lihat Jilbab Wanita Muslimah hal:131 [↩]
Ibnu Saad 8/47 lihat Jilbab Wanita Muslimah hal 131 [↩]
idem hal 131 [↩]


sumber : http://tamanulama.blogspot.com

Aurat Anda,Maruah Anda




Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah..Dengan izin Allah,dapat juga saya mengupdate blog ni..Topik tuk blog kali ni ialah aurat & maruah...Sjak kebelakangan ni,ramai hamba Allah yang suka sangat mengupload gmbr2 kat laman sosial seperti friendster,myspace ,facebook dan yang sama waktu dengannya..Bagi pendapat saya,nak upload pic kat laman sosial tersebut tidak menjadi masalah.Cuba yag menjadi masalahnya apabila kaum hawa mula mengupload gmbr2 mereka tidak menutup aurat dengan .Tiada lagi rasa malu, tiada lagi nilai aurat dalam diri kaum hawa, tiada lagi maruah diri dan tiada langsung rasa bersalah,malahan mereka berasa bangga dengan megupload gmbr2 tersebut...Bila d puji,mkin banyak le pulak gmbr2 yg tidak menutup aurat d upload...Wahai kaum hawa,Gunakan lama sosial dengan sebaik-baiknya..Jadikan lama web tersebut sebagai medan untuk anda menambah ilmu ,berdakwah,mnjlinkah smula ukhuwwah d antara rakan2 yang telah lama terpisah dan bukannya menggunakan lama tersebut untuk BERCINTA..

Ha..Ni topik kedua..Kenapalah ramai sangat insan yang bangga sangat nak tulis kat bhgian mklumat(trutamanya kat facebook) yg mereka MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN .........Ada gak yang siap mengupload pic mereka bersama ngan psgn mereka dalam keadaan yang tidak sepatutnya spt bersentuhan tngan ,berpelukan dan sbgainya...Bila d tnya,blh plak kata,x sengaja tersentuh..Em..plik gak ye..Tak sengaja,tapi blh pulak upload pic tu kat lama web tertentu...Jika itulah pilihan anda,bernikahlah dengannya...Jangan biarkan dosa berterusan.....

Saya ingin memohon maaf jika ada perkataan d atas yang mnyinggung perasaan sesiapa yang membaca blog ni..Saya hnyalah membrikan pndgn saya mengenai apa yang berlaku pada masa kini... Segala yang baik itu dtgnya daripada Allah swt dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri..Walla​`ualam..

Kisah Salahuddin Ayubi

Bersama merungkai kisah perjuangan Salahuddin Ayyubi dengan membaca buku terbitan pts.....:)




Thursday, November 25, 2010

Kisah Para Pencari Tuhan

Tersebutlah satu kisah bahawa sewaktu Nabi Musa AS telah sampai di negeri Mesir setelah kembali dari negeri isteri Baginda di Madyan, maka Baginda telah menyampaikan risalah ke Rasulannya dan ajaran-ajaran agama yang telah diterima dari Tuhannya sewaktu menyendiri di bukit Tursina (Sinai) di lembah Thuwaa dengan ayat-ayat dalam kitab Taurat.

Dimulainya seruan ini kepada kaumnya Bani Israil di samping menghadapi Firaun dengan kaumnya yang memerintah Mesir waktu itu. Yang menjadi pokok ajaran Nabi Musa sama saja dengan asas ajaran segala Nabi SAW dan Rasul sebelum dan sesudahnya. laitu:

Bahawa kamu menyembah Allah dan janganlan kamu persekutukan-Nya dengan sesuatu pun!

Akhirnya sampailah seruan dan ajaran Nabi Musa ini ke satu negeri kecil yang jauh terpencil di hulu sungai Nil. Nama negeri itu Qiryah.

Adapun penduduk negeri ini antara seribu ke tiga ribu orang yang kebanyakannya terdiri dari suku-suku Bani Israil. Di antara orang-orang beriman yang tinggal di sana termasuklah seorang pemuda yang bernama Abdullah Syarafi. Pemuda tersebut tidak berasa puas hati sekadar beriman begitu saja kepada Allah SWT, malahan timbul keinginan dalam dirinya untuk mengetahui nyata siapakah sebenarnya Allah, Tuhan yang akan disembahnya nanti.

Perasaan ini mengganggu benaknya siang dan malam. Akhirnya beliau membuat satu keputusan. laitu dia akan pergi ke Mesir untuk menemui Nabi Musa AS supaya dapat bertanyakan halnya itu.

Qiryah ialah satu negeri yang jauh. Perjalanan ke Mesir memakan masa berhari-hari dengan menempuhi berbagai kesukaran mendaki bukit-bukau, merentasi hutan rimba yang tebal, penuh dengan binatang buas, melintas pula padang pasir tandus yang kering kontang. Semua itu sudah terbayang di kotak ingatannya.

Tetapi adakah itu semua menghalang beliau untuk meneruskan niatnya. Sama sekali tidak. Abdullah Syarafi terus bersiap-siap dan pada satu saat dan hari yang dikiranya baik, lalu mulalah beliau mengatur langkah seorang diri.

Sesudah menempuh beberapa hari perjalanan, kini hutan rimba menanti di hadapannya. Hutan rimba itu merupakan suatu pemandangan yang mengerikan. Sunyi dari suara manusia. Beliau terus melangkah semakin jauh ke tengah hutan rimba.

Tiba-tiba, beliau dikejutkan oleh satu pemandangan yang menakutkan sekaligus amat menyedihkan. Apa yang ditemuinya ialah sekujur tubuh manusia yang sudah dianiayai. Tubuh yang cuma tinggal badan dan kepala itu terlantar di bawah satu pohon. Kedua-dua kaki dan tangannya telah dipotong. Dia tidak dapat bergerak lagi kemana walaupun sekadar untuk mengiring ke kiri atau ke kanan.

Kaki dan tangannya yang sudah terpisah itu telah hampir reput dan penuh dikerumui ulat, lalat dan bermacam-macam binatang kecil yang memakan bangkai. Demikianlah keadaannya sehingga tiada apa lagi yang dinanti melainkan maut sahaja. Pemandangan itu amat mengharukan perasaan Abdullah Syarafi.

Namun! Satu perkara sangat mengejutkan beliau. Dilihatnya beratus-ratus ekor semut bergotong royong mengusung dengan susah payahnya akan buah-buah hutan. Dengan perlahan-lahan buah hutan itu dibawa hingga ke mulut insan yang malang itu. Lalu dapatlah dia makan dan menyambung sisa-sisa nyawa yang masih ada.

Kepada Abdullah Syarafi lalu diceritakan kisah dirinya hinggalah beliau jadi begitu sengsara. Katanya, semua itu berpunca dari perbuatan satu kumpulan penyamun yang telah merampas harta bendanya. Kemudian diceraikan pula kaki tangannya dan ditinggalkan di dalam hutan itu sejak lima hari yang lalu.

Hanya Allah SWT saja yang tahu betapa besarnya kesengsaraan yang ditanggungnya. Tetapi rupanya, ajal belum ditakdirkan untuknya lalu digerak Tuhan akan ratusan semut-semut untuk membawakan buah hutan sebagai rezekinya.

Itulah makanannya sejak terlantar tidak berkaki dan tidak bertangan.

Abdullah Syarafi pun menceritakan hal ehwal dirinya dan tujuannya untuk ke Mesir. Setelah habis diceritakan lalu orang itu berkata:

"Kalau begitu, tolonglah tanyakan kepada Nabi Musa, sesudah sampai begini rupa kekejaman orang terhadap diriku, maka adakah aku akan masuk syurga dengan menanggungnya?"

"Baiklah," balas Abdullah Syarafi dengan perasaan yang hancur luluh, lalu dia pun meminta izin untuk menyambung perjalanannya.

Abdullah Syarafi pun meneruskan perjalanannya yang masih jauh itu.

Beberapa hari kemudian, beliau terserempak dengan kumpulan penyamun yang telah menzalimi lelaki malang yang ditemuinya sebelum itu.

Rupanya Abddulah telah memasuki kawasan 'sarang' penyamun. Didapatinya mereka amat garang, bengis dan tidak ada tanda bersifat belas kasihan di wajah mereka. Sembilan orang semuanya.

Mulanya mereka hendak merampas barang-barang yang ada pada Abdullah, tetapi bila tidak mereka temui sesuatu pun yang berharga, lalu mereka bercadang untuk membunuhnya.

Berkata Abdullah, "Jikalau kematianku ada guna dan manfaatnya kepada tuan-tuan semua, maka bunuhlah hamba."

Tenang saja Abdullah menuturkan kata-katanya. Tidak ada rasa takut sedikit pun kerana beliau yakin bahawa Allah yang sudah dipercayainya diimaninya itu tidak akan membiarkan hal itu berlaku jika ianya memang tidak ditakdirkan atas dirinya.

"Tetapi," sambung Abdullah lagi, "Menurut fikiranku, tiada gunanya sama sekali tindakan tuan-tuan. Bahkan hanya akan mendatangkan kesusahan dan jadi beban pula kepada tuan-tuan. Kerana jika aku tuan-tuan bunuh, terpaksa pula mayat aku ditanam. Bermakna tuan-tuan terpaksa menggali tanah. Alangkah banyaknya kerja tuan-tuan hanya untuk menguruskan sekujur mayatku."

Abdullah Syarafi memerhatikan riak di wajah mereka. Kata-katanya memberi kesan terus ke hati mereka.

"Atau, jika tuan-tuan ingin membuang mayatku dari sini, tentulah terpaksa pula mengheret mayatku sekian jauh

Jikalau tidak, maka akan terganggulah tempat tuan-tuan ini oleh sebab busuknya bau mayatku nanti.

Maka jelaslah, jika tuan-tuan tetap akan membunuhku, hanya akan menyusahkan diri tuan-tuan juga.

Sedangkan manusia diberi akal oleh Tuhan. Supiaya dapat dengannya kita menimbang buruk baiknya sesuatu yang akan dikerjakan. Adakah ia memberi faedah atau sebaliknya. .."

Demikianlah Abdullah Syarafi terus berbicara hingga mulalah dia menceritakan hal ehwal dirinya dan tujuan dia menempuh perjalanan yang penuh bahaya itu. Selanjutnya berkata Abdullah, "Tuan-tuan, selama mana pun manusia hidup, akhirnya. akan mati juga.

Dan kelak sesudah mati, tiap-tiap manusia akan menghadapi pengadilan Tuhan. Menerima hukuman atas segala kejahatan yang telah dilakukannya. Jadi, bertaubatlah tuan-tuan dan berhentilah dari kejahatan ini sementara pintu dan jalan untuk taubat masih terbuka."

Demikianlah Abdullah mengakhiri nasihatnya. Dengan kehendak Allah jualah, maka segala tutor kata dan nasihat Abdullah Syarafi yang bersungguh-sungguh dian dengan penuh ikhlas itu rupanya menyelinap masuk ke dalam hati mereka langsung meresap masuk ke dalam perasaan keinsafan.

Lantas berbicara seorang dari mereka. "Bagaimanakah kami akan bertaubat Sedangkan dosa-dosa kami sudah terlalu amat banyak. Sudah sekian banyak harta benda manusia yang kami rampas, kami samun. Belum lagi dihitung penganiayaan yang telah kami lakukan terhadap mereka. Adapun nyawa manusia sahaja, sudah sembilan puluh sembilan yang terbang melayang.

Tetapi, meskipun demikian, memang kami telah mempunyai rasa takut terhadap azab-azab Allah di akhirat kelak. Oleh kerana tuan hamba akan pergi bertemu Nabi Musa, maka tolonglah tanyakan keadaan kami ini. Adakah Allah akan menerima taubat kami ini.. ?"

"Baiklah, akan hamba tanyakan kepada Nabi Musa," jawab Abdullah Syarafi dan dia pun meneruskan perjalanannya.

Selanjutnya, tinggal satu pertiga saja lagi perjalanannya, Abdullah Syarafi sedang melewati padang pasir yang tandus pula. Terdapat bukit-bukit berbatu-batan di beberapa tempat.

Tiba-tiba, beliau terserempak pula dengan seorang perempuan yang tinggal dalam sebuah gua batu. Perempuan setengah umur itu didapatinya tinggal di situ seorang diri.

Wanita separuh umur itu sedang tekun beribadah ketika Abdullah Syarafi terpegun melihatnya dengan rasa kagum.

Takala dia sudah selesai dari solatnya dan mendapati ada seorang pemuda tercegat di pintu guanya maka terkejutlah dia seraya membentak, "Siapa kamu? Apa yang kamu mahu? Adakah kamu hendak mengganggu ibadatku di sini?"
"Tidak! Sama sekali tidak bahkan hamba tidak tahu menahu adanya tuan hamba di sini. "Jawab Abdullah dengan tenang saja. Dan tidak langsung terlintas dalam benaknya untuk berlaku jahat.

"Tapi hamba amat hairan. Sebab melihat keadaan tuan hamba yang sendirian di sini. Jauh dari manusia dan tekun pula beribadah. Tidakkah tuan hamba berasa takut tinggal seorang di sini? Bahkan hamba pada mulanya menyangka tuan hamba ini entahkah jin atau peri yang menghuni tempat ini. Bolehkah tuan hamba menceritakan mengapa tuan hamba berada di sini?"

"Tuan hamba pula dari mana dan apa tujuan?" Tanya perempuan itu pula.

Lalu untuk kali ketiganya, Abdullah Syarafi pun menceritakan hal ehwal dirinya dari mula dia beriman dengan risalah yang disampaikan oleh Nabi Musa AS hinggalah dia menempuh perjalanan yang serba sukar, bahaya dan meletihkan itu.

Setelah itu perempuan itu pula menceritakan hal ehwal dirinya. Maka fahamlah oleh Abdullah bahawa perempuam itu berada di situ kerana mahu mengasingkan dirinya dari manusia untuk melakukan ibadatnya dengan tekun.

Tidak diganggu oleh sesiapa. Dia juga berasal dari Mesir. Sudah bersuami dan punya beberapa orang anak.

Tetapi lantaran berasa khuatir, semua itu akan menghalanginya dari melakukan ibadat kepada Tuhannya, maka dia pun ber'uzlah' ke tempat sunyi itu.

"Hamba senang berada di sini." Tambah wanita itu lagi, "Asyik beribadat. Siang berpuasa. Malam beramal. Hidup hamba kini semata-mata untuk Tuhan dan hamba tidak lagi rasa khuatir akan terganggu oleh urusan rumah tangga, suami dan anak-anak juga masyarakat dan oleh kerana tuan hamba akan pergi bertemu Nabi Musa, tolonglah tanyakan kepada Baginda, adakah Tuhan menerima sekelian ibadat dan amal hamba ini dan memasukkan hamba ke dalam syurga-Nya lantaran demikian banyaknya amalan hamba ini." "Baiklah. Akan hamba tanyakan."

Lalu Abdullah Syarafi pun mohon izin dan dia pun berlalu dari situ, Tiada lama kemudian, sampailah dia di Mesir dan setelah dapat berjumpa dengan Nabi Musa AS maka segeralah dia menyatakan maksud kedatangannya yang hendak mencari Tuhan supaya biar tentu benar siapa Allah Tuhan yang hendak disembahnya itu.

Sebelum dia menutup kisah dirinya, sempat dia menyampaikan pertanyaan-pertanyaan yang dipesankan oleh mereka yang ditemuinya semasa dalam perjalanan. Jawab Nabi Musa AS:

"Wahai Abdullah Syarafi! Engkau fikirkanlah dan renungkanlah akan sifat-sifat dan makhluk bekas kekuasaan Allah SWT itu. Jangan sekali-kali engkau memikirkan zat Nya. Kerana engkau tidak akan sama sekali dapat memikir-Nya walau bagaimama sekali susah payahnya engkau.

Tetapi sentiasalah engkau akan menemui bukti kewujudan Allah itu pada semua bekas kekuasaannya yakni kejadianNya. Lihatlah alam yang terbentang ini. Termasuk juga kejadian dirimu sendiri, adalah menjadi saksi dan bukti akan adanya Tuhan. Dari mana engkau dan semua makhluk yang ada telah datang dan kemanakah nanti akan pergi?

Wahai Abdullah Syarafi, jangankan hendak menemui wujudnya Zat Tuhan itu yang memang sudah sengaja dighaibkan oleh-Nya kepada kita semua sekarang ini. Entah mungkin nanti dizahirkan-Nya di akhirat, kalau memang hijab sudah diangkatNya. Bahkan sesuatu yang ada dalam tubuhmu yang kamu sendiri pasti akan adanya dan kamu dapati bekas-bekas dan kesan perbuatanya, itupun tidak dapat kamu melihatnya. Yakni ruh kamu sendiri.

Maka apatah lagi Zat Dia yang telah mengadakan segalanya itu!

Jikalau Allah SWT menzahirkan Zat-Nya kepada kita ummat manusia sekarang ini... maka apalah gunanya lagi tugas kami sebagai Rasul utusan-Nya ini. Sedangkan kami ini menyampaikan khabar-khabar ghaib yang wajib diimani dipercayai itu?

Maka bukankah telah nyata bahawa ghaibnya Zat Tuhan dijadikan suatu ujian bagi keimanan seseorang hamba."

Termenung. Terpegun dan bungkamlah Abdullah Syarafi mendengar huraian yang sangat tepat dari Nabi Musa AS itu. Terus meresap ke dalam relung-relung kesedaran jiwanya akan segala kebenaran yang dituturkan oleh RasuluLlah Musa AS itu.

Dan dia mendengar lagi huraian-huraian selanjutnya bagi tiga persoalan yang dibawanya.

"Adapun kemudian dari itu, sehubungan dengan tiga jenis pertanyaan dari tiga golongan yang telah engkau temui itu, beginilah keterangannya.

Adapun yang ditimbulkan oleh Hakikat Iman seseorang manusia itu, ialah adanya empat macam sifat pada dirinya: Dua yang wajib diingati dan dua yang wajib dilupakan.

Maka dua yang wajib diingati ialah jasa-jasa orang terutama nikmat Allah terhadap dirinya. Dan kedua, ialah kesalahan- kesalahan dan kejahatann dirinya terhadap orang lain, terutama dosa-dosanya terhadap Allah.

Serta dua macam yang wajib dilupakan, ialah jasa-jasa dan kebaikan dirinya kepada orang lain, termasuklah amal-amal dan ibadatnya kepada Allah.

Serta yang kedua, akan kesalahan-kesalahan dan kejahatan orang terhadap dirinya.

Dari itu, wahai Abdullah Syarafi, adapun orang yang engkau temui menderita di dalam rimba itu sengsara dengan sebab kekejaman-kekejaman dan aniaya orang ke atas dirinya, maka ia telah mengingat-ingati barang yang wajib dilupakan. Dan sebaliknya dia telah melupakan apa yang wajib diingati.

Diingat-ingatinya kejahatan penyamun yang dialaminya, tetapi ia melupakan jasa-jasa semut yang telah disuruh Allah untuk menghantarkan makanan ke mulutnya. Maka dengan demikian itu dia tidak mempumyai "Hakikat Iman", dan dari itu tidaklah akan masuk syurga.

Begitu pula tentang perempuan yang engkau temui mengasingkan diri ke tempat yang sunyi itu.

Ketahuilah bahawasanya agama itu disyariatkan Tuhan kepada umat manusia, ialah untuk membawakan ajaran dan petunjuk-petunjuk hukum bagi mereka, bagaimana adanya peraturan hubungan dengan Allah dan hubungan antara manusia.

Nyatalah dengan tindakannya mementingkan dirinya meninggalkan rumah tangga, suami dan anak-anak serta masyarakatnya itu, suatu tindakan putus asa, yang dengan sendirinya dia telah merosakkan ajaran agamanya sendiri kerana ia telah memutuskan hubungannya dengan manusia.

Padahal, menanggung kesusahan kerana perhubungan demgan manusia itu, baik berupa hubungannya dalam melayani kepentingan suami sendiri, anak-anak atau masyarakatnya, adalah yang demikian itu termasuk amal dan ibadat juga baginya. Dan itu juga termasuk ajaran-ajaran agama kepada manusia.

Dan lagi sebabnya Tuhan mengharamkan bunuh-membunuhnya dan peperangan terjadi, ialah kerana akibatnya memusnahkan isi dunia, memutuskan perhubungan antara manusia dan memutuskan keturunan. Sedangkan tujuan Tuhan ialah supaya dunia ini diramaikan dengan manusia.

Maka kalau sama sajalah pendapat segala manusia dengan perempuan itu, yang lelaki tidak hendak beristeri dan yang perempuan tidak pula hendak bersuami lagi, maka tentulah dengan sendirinya, paling lama sesudah satu keturunan yang akan datang ini, akan putuslah keturunan manusia, mereka akan musnahlah dari permukaan bumi. Dari itu, samalah dosanya dengan membunuh orang ramai.

Lagi pula yang dikehendaki oleh Hakikat-lman, ialah melupakan jasa-jasa diri, termasuk amalan dan ibadat kepada Tuhan. Maka sikap perempuan itu menunjuk-nunjukkan ibadatnya, seakan-akan ia telah berasa cukup mengadap Tuhan dengan ibadatnya itu.

Teranglah dengan demikian, dia pun tidak mempunyai Hakikat-lman. Kerana itu dia tidak akan masuk syurga, malahan masuk ke dalam golongan isi Neraka.

Tetapi tentang penyamun yang sembilan orang itu, mereka telah mengakui kesalahan-kesalahannya. Bahkan mereka telah saling merasa takut akan hukum siksaan, akibat daripada dosa-dosanya itu.

Maka justeru kerana itulah mereka telah bertanya tentang taubat kepada aku. Jikalau tiada kerana keinginannya hendak bertaubat itu, tentulah mereka tidak akan bertanya sedangkan Allah SWT. tidak pernah menutup pintu taubat buat sekalian hamba-Nya (kecuali dosa syirik), sekalipun banyaknya dosa-dosanya itu memenuhi ruang langit.

Dari itu, dengan demikian merekalah yang mempunyai Hakikat Iman. Dan jikalau mereka meneruskan taubatnya itu, maka merekalah yang akan masuk syurga ...



Sumber: http://cahayamukmin.blogspot.com/

Friday, October 1, 2010

Wahai kaum Hawa....



Assalamualaikum wbt....Alhamdulillah...Arini saya masih d beri kesempatan oleh Allah SWT untuk mengupdate blog ni...

Mesti korang semua tertanya-tanyakan mengapa plak tajuk tuk blog kali ni BANGGA....
Sedar tak sedar,bln Syawal hampir melabuhkan tirainya...So,da tentulah ramai yang nak wat OPENHOUSET...Tak kisahlah kat rumah,pejabat,sekolah atau mana2 je la...

Mungkin tuk blog kali ni saya lebih fokuskan kepada kaum hawahawa...Perasaan sedih,kecewa dan macam lagi yang muncul dlm diri ini apabila melihat cara kaum hawa berpakaian pada Hari Raya Aidilfitri ni...Semakin hari,semakin berfesyen ..Dan apabila semakin berfesyen,kaum hawa terlupa ssuatu,iaitu aurat..Aurat semakin lama semakin tidak terjaga...
Antara kesilapan yang kerap dilihat ialah:

-Kaum hawa hanya memakai tudung sahaja.Tetapi dalam masa yang sama baju kebarungnya terbelah kainnya.

-Bertudung tetapi menggunakan baju yang sendat, sempit dan nipis serta memaparkan bentuk kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya .

-Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.Saya brasa hairan dan pelik..Kenapa zaman sekarang ramai wanita yang bertudung tetapi suka menunjukkan hujung rambut mereka.Apakah motif mereka menunjukkan hujung rambut mereka??....

-Bertudung tetapi hanya di sekolah,pejabat dan sebagainya...Bila datang ke Openhouse ntah kemana terbangnya tudug mereka ni...(pnh mainkan seorang kwn...Bila kat sklh dia guna tudung..Bila dtg ke rumah saya ,ntah kemana hlgnya tdung dia...Then saya tanya kat dia,Mana terbangnya tudung hang??Tdung hang kena curi ke semasa dalm pjlnn ke sini?...Kwn tu trus tsipu malu...)

-Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung...

-Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya..tidak boleh dinafikan,tudung yang terdapat dipasaran pada masa kini mmg rata2nya nipis..Namun kita haruslah bijak dalam mgunakan akal fikiran kita..Palbagai alternatif yang boleh kita lakukan untuk menjaga aurat kita..Jangan hanya bijak dalam dalam mjwb soalan chemis,akaun,addmath dan sebagainya..Tetapi bijkalah juga dalama menjaga aurat kita....

-Guna tudung..tetapi sengaja bersanggul tinggi...

Selain tu,saya rasa plik gak...Knp wanita-wanita ni bangga sgt ngan imej diorang??...Sehinggakan merka suka mengupload pic2 mereka kat FACEBOOK,MYSPACE,FRIENDSTER dan sebaginya...Tidakkah mereka risau gmbr mereka akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab??...

Jika ada sahabat-sahabat yang terbaca blog ni....Ampun dan maaf dipinta...Saya mnulis adalah kerana tak sanggup menanggung dosa..Jika takde yang nak komen,siapa lagi yang nak komen?..Takkanlah kita da tau bnda tu bdosa,tapi kita bdiam diri je..Tu bmksd kita pun da tanggung dosa....Skali lagi,saya mohn maaf kpd ssiapa yg terasa..Sgala kbaikan tu dtgnya dari Allah swt dan segala kelemahan itu dtgnya dari diri saya sendiri...

Wallahualam....


NAUZUBILLAH MIN ZALIK

Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas...

Saturday, September 11, 2010

SyAwAl

assalamualaikum wbt...

Bln ramdhan,bln penuh rahmat dan keberkataan kini telah melabuhkan tirainya..
Perasaan nak tinggalkan bln ramdhan pada thn ni agak sedih gak..Antara slh satu Sbbnya ialah hajatku untuk khatam Al-Quran pada bln ramdhan tidak kesampaian....Byk lgi pkara yg x sempat nak lakukan pada bln ramadhan pada tahun ni:(...
Insyallah jika Umo pnjng akan ku usahakan tuk khatam pada bln ramadhan thn hadapan..(YA Allah Ya Tuhankan ,engkau pnjgkan umurku agar aku dapat mersai kenikmatan bln rmadhan pada thn hadapan)...


Arini da masuk ari raya yang ke2...Papapun,masih belum terlambat saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat insan2 yang mengenali saya(terutama sahabat2/guru Maktab Sabah,SMPutatan,SMATun Dato Mustapha,SMA Toh Puan dan wat ukhti-ukhti KRU)..Ampun dan maaf jika ada perlakuan/perkataan yang menyinggung perasaan ukhti/akhi....


Friday, September 3, 2010

Kongsi2


Sedar tak sedar,kini kita telah berada pada akhir ramadhan (25 ramadhan)..Rasa cam skjeap je masa blalu...Ramdhan kini hampir melabuhkan tirainya..

Bagaimana dengan pgisian ukhti/akhi pada akhir ramadhan ni?..adakah ukhti/akhi kini sedang sibuk (a)mengemas rumah,(b)bershopping atau (c)sedang sibuk beribadah kepada Allah ??...Mudah-mudahan kita smua berada dalam kelompok C ye..INSYALLAH...

Kkdg saya rasa pelik gak...knp org2 ni dok sibuk nak mmbersihkan rumah d waktu mlm.adakah keje2 mengemas rumah x leh d wat d waktu pagi?..dan apasalahnya jika malam tu kita ambil masa tuk mendekatkan diri kepada Allah.Bgitu juga dengan bershopping.X leh ke bershopping d waktu pagi/petang??...ade plak yang yang slps berbuka puasa trus smbung shopping...Ingatkan dok nak cepat2 mkn tu nak g solat maghrib le..Rupa2nya...dok nak cpt2 smbg shopping..kononya tkt brg yg nak d beli habis stok..astagfirullah al azim...Asyik ingat shopping je..smpaikan ibadah wajib d tinggalkan..Nauzubillah min zalik...

Namun bgitu..ada gak glgn yang slps bbuka puasa,trus je smbg shopping..Ttapi apabila dia tau time tu time trawih dia segera ke masjid/surau yang bdekatan untuk melaksanakan solat sunat terawih je..
Plikx2..ibadah wajib d tinggalkan ttapi ibadah sunat d laksanakan..
Papapun ini hnya sbuah perkongsian.Jika ada yang terasa saya mohon ampun dan maaf ye...Tujuan saya menulis bnda ni adlah sbgaia pringatan kepada diri kita smua...Marilah kita bersama2 bermuhasabah diri dalam mengubah diri kita kearah yang lebih positif pada bln ramdhan ni...Marilah juga kita bersama mengisi malam lailatul qadar dengan meningkatkan ibadah Allah...

Sgala yang baik itu dtgnya dari Allah dan sgala kelemahn itu dtgnya dari diri saya sendri..Sekian,wassalam..

Saturday, August 28, 2010

kisah seorang imam dan anak 7 tahun

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Friday, August 20, 2010

Assalamualaikum ......

Firstly Rsanya masih blum terlewat tuk saya mgucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada muslimin dan muslimat...

Alhamdulillah..Hari ni da masuk hari ke sebelas umat islam berpuasa..
Bagaimana puasa kita smua??amalan??...Adakah pada bln ramadhan ini kita tlh mnmbh ibadah kita kpd Allah swt??..TEPUK DADA TANYA IMAN...
Renungkanlah beberapa hadis d bawah ini:

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
-HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-


Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: ‘Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.’ (HR Bukhari)

Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’ ( Riwayat Al Baihaqi)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata : Adalah Rasulullah saw. menggalakkan
qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka
beliau bersabda : Barang siapa yang
shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka
diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah )


Jom bersama kita mnmbh amal ibadah kita kpd Allah ...Smoga bln Ramadhan kita pada tahun ini akan merubah kita ke arah yang lebih positif....Skian,Wassalam.....

Thursday, August 5, 2010

Citra IKBN(2)

29 JULAI 2010

-Lawatan ke IKBN
-Perkongsian pengalaman
-Majlis Penyampaian hadiah

*Alhamdulillah..Pada tarikh ni kami dapat mendengar ceamah drpd Yang berbahagia Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah...selain tu,kami dpt gak mngikuti seminar keusahawanan dan kecemerlangan Belia...
*Alhamdulillah gak krn kumpulan ana(kumpulan sotong) mendapat anugerah kumpulan plg kreatif...(tahniah :
1)buat ahli2 kumpulan.Trutamanya org yg plg kreatif kat dlm kumpulan tu ,akhi Ashraf dan akhi Fikri..
2)tahniah gak buat kumpulan yg lain )....


30 JULAI 2010
-Majlis penutupan Citra IKBN siri 3 (2010)...
*Majlis penutupan tlh d sempurnakan oleh Pengarah IKBN Kinarut....
*Citra kali ni mrupakan citra yang terakhir ..Ini adalah krn Citra ni adlah d bawah RMK9..Kini kita tlh beralih ke RMK10...


------------------------------------------------------
-Prgrm ni tlh melatih kami smua tuk sentiasa bekerjasama,berdisiplin dan fokus dlm setiap aktiviti yang kami lakukan...
Syukan/t.kasih kpd fasilitator:En.Saudi,En.NewGame,En.Zul,En.Osmaiza,En.Dayan,En.Anzari,En.Harith,En.Hassan dan smua fasi yg tlibat....
Sekian sahaja tuk blog kali ni...Sekian,wassalam.....









Friday, July 30, 2010

Citra IKBN

Program:Citra IKBN Siri 3/2010
Tarikh:26 Julai 2010-30 Julai 2010

Alhamdulillah...telah selesainya program Citra IKBN siri 3 ,2010...Seramai 10 org pelajar dripada Persatuan Pelajar-pelajar Islam Maktab Sabah tlh menyertainya...
Kami adalah d antara pljr yang bertuah krna program kali ni mrupakan Citra IKBN yang terakhir ...Slps ni da x de da Prgrm citra ni :(....

26JULAI 2010
-Pendaftaran
-Taklimat Kursus oleh En.Saudi
-Ice Breaking
-Pembahagian kumpulan
(ana dpt kumpulan sotong la plak...)

27 JULAI 2010




-Dinamika kumpulan
-Kenali IKN.d sampaikan oleh Encik M(bkn nama sbnr:P)
-Ceramah 1 Malaysia
-Sahsiah Diri Remaja

28 JULAI 2010
-Citra Diri(LDK1)
-Citra Diri(LDK2)
-Ancaman Negara (LDK3)
-Sidang Pleno


*Pada tarikh ni,kami hanya melakukan LDK...Alhamdulillah..saya mndpt kumpulan yang sgt bekerjasama dlm mnjlnkan aktiviti..Syukran kpd sahabat2 dri sklh SMKA TDM,SMK MEMBAKUT 1..
*Terima kasih gak buat Fasi kami(kumpulan sotong)...Encik Harith yg tlh mgjr kami bagaimana cara tuk presentasion dgn cara yang betul...Pada awalnya nampak Encik Harith bgitu garang dan tegas orgnya....Tapi bila dah mngenali beliau,beliau juga mrupakan seorang yang periang dan pelawak...Terima kasih d atas sgala kritikan yg d berikan kpd stiap ahli..Insyallah sgala kritikan yg d berikan akan mnjadi panduan kpd kami smua tuk mmperbetulkan sgala ksilapan semasa presentasion...
*Maaf gak kpd shbt skumpulan krn tergagap skit smasa mmbuat presentasion dalam SIDANG PLENO..Sgala yg baik tu dtgnya dri Allah..dan sgala kelemahan tu dtgnya dari diri saya sendiri...

Insyallah...Laopon tuk aktiviti 29Julai dan 30 Julai akan d smbg ke blog sterusnya...Skian..Wassalam...

Friday, July 9, 2010

Sebagai pringatan ....

assalamualaikum buat muslimin/muslimat...Mohon agar muslimin/muslimat dpt berwaspada terhadap website-website dibawah ini kerana ia adalah dakyah
orang non-muslim yang telah mempersoalkan kebenaran
al-Quran, Hadith mahupun Islam......


1)http://www.answering-islam.org...

2)http://http://www.aboutislam.c...

3)http://www.thequran.com...

4)http:/ /www.allahassurance.com...

Laman - laman tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi laknatullah
utk menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam....

(hrp dpt d sbrkan kpd saudara seislam yg lain).....
sekian,wassalam......

Thursday, July 1, 2010

Gurau dan Canda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bergaul dengan semua umat manusia. Baginda menerima hamba, orang buta, mahupun anak-anak.... Baginda bergurau dengan anak kecil, melayan kerenah mereka,bermain-main dengan mereka...Baginda juga begurau senda dengan orang tua... Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.....


Pada suatu hari,seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.

"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".

"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata,

"bukankah unta itu juga anak unta?"


Kemudian,datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".

"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".

"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.....

<>Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua"......

Perempuan itu lalu menangis......

Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya"......

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.....

Friday, June 25, 2010

Salam takziah...

assalamualaikum wbt....

tepat jam 10pm tdi ana mghubungi mak su ana yang berada di n9...Tujuan ana menghubunginya adalah utk btnyakan khabar (da lama gak x contact dia)...Sbaik sahaja ana mghubunginya ,mak su hnya bkata call blk..Skg jenazah arwah bapa kak Ayu tgh dmandikan...sbaik mndgr kata2 mak su,Ana pun terdiam...Mcm x caye pun ade gak...
Tpi itulah lumrah dlm khidupan...Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut ....
Salam takziah buat KAK AYU serta kluarga yang baru shja khilgn ayah tercinta.....
Smoga kalian smua tabah mghadapi musibah ini dan smoga roh arwah bapa kak ayu d tempatkan bsama-sama org yg briman...Amin...

Wednesday, June 23, 2010

Ya Allah...

Mengapa manusia itu merasakan bahwa mreka dibiarkn saja mngatakan:"Kami telah beriman",sedang mreka tdk diuji lg?Dan ssungguhnya kami tlh mnguji org2 sebelum mreka,maka sseungguhnya ALLAH mngetahui org2 yg bnar dan ssungguhnya Dia mngetahui org2 yg dusta.
Surah al-Ankabut ayt 2-3


KENAPA AKU TDK MNDAPATKAN APA YG AKU IDAM-IDAMKAN??

Boleh jd kamu mmbnci ssuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan blh jd pula kamu mnyukai ssuatu padahal ia amat buruk bagimu;ALLAH mngetahui sdang kamu tdk mngetahui.
Surah al-Baqarah ayt 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI??

ALLAH tdk mmbebani sseorang mlainkan ssuai dgn ksanggupannya.
surah al-Baqarah ayt 286


RASA TERTEKAN??

Janganlah kamu brsikap lemah dan janganlah pula kamu brsedih hati,padahal kamulah org yg plg tinggi(darjatnya),jika kamu org2 yg briman.
Surah al-Imran ayt 139


AKU TAK DAPAT BRTAHAN LAGI..

Dan jangan kamu btputus asa dari rahmat ALLAH,ssungguhnya tiada yg brputus asa dari rahmat ALLAH,mlainkan kaum yg kafir.
Surah Yusuf ayt 87


KEPADA SIAPA AKU BRHARAP??

Cukuplah ALLAH bagiku;tdk ada tuhan slain Dia.Hanya kpd-Nya aku brtawakal.
Surah at-Taubah ayt 129


BAGAIMANA HARUS AKU MNGHADAPINYA??

Hai org2 yg briman,brsabarlah kamu dan kuatknlah kesabaranmu dan tetaplah brsiap siaga dan brtaqwalah kpd ALLAH supaya kamu bruntung.
Surah al-Imran ayt 200
Jadikanlah sabar dan solat sbg penolongmu.Dan ssungguhnya yg demikian itu sungguh berat,kcuali org2 yg khusyuk.
Surah al-Baqarah ayt 45


APA YG AKU DAPAT DARI SEMUA INI??

Ssungguhnya ALLAH telah mmbeli dr org2 mukmin,diri dan harta mreka dgn mmberikan syurga utk mreka.
Surah at-Taubah ayt 111





(dipetik dari website ukhti Kiyyah..)

Monday, June 14, 2010

JAM ...


Proses pembangunan jam raksasa di The Mecca Clock Royal Tower, sedang dalam tahap penyelesaian. Nantinya dari atas menara yang memiliki ketinggian 577 meter tersebut, dapat melihat seluruh bagian kota Mekkah.

Jam berada di atas menara dengan diameter 46 meter, lima kali lebih besar dari Big Ben di London.
Wajah jam, yang muncul pada keempat sisinya bertuliskan lafal Allah, akan terlihat dari jarak tujuh kilometer.

Jam tersebut dibangun atas perintah Raja Abdullah Bin Abdulaziz Al Saud melalui hibah dari Yayasan King Abdul Aziz.

Mekah Royal Tower merupakan sebuah hotel dengan 858 kamar, yang dijadwalkan untuk dibuka pada kuartal ketiga tahun 2010. Selain hotel, juga akan terdapat museum Islam dan pusat pengamatan bulan.

Hotel 76 lantai ini merupakan bagian dari kompleks tujuh menara, Abraj Bait, yang terletak di sebelah Masjidil Mekah.Diperkiraka, hotel ini akan menjadi gedung tertinggi ke dua di jazirah Arab setelah menara di Dubai.

Pemerintah Saudi tengah mendorong pertumbuhan hotel, menghabiskan lebih banyak uang untuk meningkatkan jumlah kamar hotel baik di Mekah dan Madinah. Dalam mengantisipasi jumlah jamaah Haji dan Umrah yang diperkirakan mencapai 13.750.000 pada tahun 2019.

Wednesday, June 9, 2010

Siapalah kita di dunia ini...

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Ini hanyalah sebagai peringatan thdp diri ana dan akhi/ukhti sklian....

Tuesday, June 8, 2010

Perbandingan.....



Keistimewaan Muslimat berbanding Muslimin:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Thursday, June 3, 2010

28 jam rasai azab Palestin





KUALA LUMPUR: Diacu raifal dengan laser senjata disasarkan ke dahi dan terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan serta berlumuran darah, adalah antara episod ngeri yang dilalui wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, dalam serangan tentera Israel ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ahad lalu.

Ashwad yang menyertai misi itu bersama jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip dan 10 rakyat Malaysia lain, turut menceritakan layanan buruk tentera Israel terhadap mereka sepanjang ditahan sebelum dibebaskan, kelmarin.

Berikut adalah rentetan pengalaman yang diceritakan Ashwad ketika dihubungi Berita Harian, beberapa jam selepas beliau tiba di Amman, Jordan, semalam.

“Tempoh 28 jam diserang dan ditawan tentera Israel dalam kapal sudah cukup untuk saya merasai penderitaan enam dekad warga Palestin berdepan dengan kekejaman regim Yahudi itu. Perasaan takut, marah dan panik bercampur baur, apatah lagi apabila terpaksa berdepan senjata mereka yang setiap saat diacu ke arah kami.
Episod ngeri itu bermula pada jam 4.30 pagi (waktu Turki) Ahad lalu, sejurus kapal Mavi Marmara memasuki perairan antarabangsa apabila tiga kapal perang Israel yang diiringi 16 bot laju komando mengepung kapal kami.

Tidak ada jalan lain untuk menghalang mereka menaiki kapal, melainkan penjaga keselamatan kapal terpaksa menyembur air ke arah mereka. Itupun tidaklah sekuat mana, berbeza sekali dengan dakwaan media Barat yang mendakwa Mavi Marmara memulakan serangan ke atas tentera Israel.

Selama hampir satu jam kami bergelut menghalang mereka menawan kapal sebelum kemuncaknya apabila tiga helikopter menurunkan komando di lokasi siaran langsung televisyen sedang dijalankan di mana pada ketika itu dianggarkan antara 30 hingga 40 komando Israel bertindak melepaskan tembakan rambang secara bertubi-tubi bagi mengosongkan kawasan itu.

Siapa yang berani berdepan situasi sebegitu, apatah lagi ia adalah pengalaman ngeri pertama sepanjang saya bertugas sebagai media, terutama apabila melihat sendiri beberapa rakan serombongan tumbang terkena peluru sesat.

Malah, lebih menakutkan apabila sasaran serangan mereka dilihat tidak mengira siapa termasuk wartawan dan jurugambar. Ada beberapa jurugambar ditembak di tangan untuk memaksa mereka melepaskan kamera.

Saya dan beberapa rakan lain ketika itu hanya mampu berlindung di sebalik tiang kapal dan berlari ke sana sini bagi mengelak terkena tembakan sebelum terpaku apabila cahaya laser senjata mereka disasarkan ke dahi saya.

Sukar digambarkan betapa saya terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan dan berlumuran darah untuk menyelamatkan diri selepas seorang penumpang kapal di sebelah saya ditembak dengan peluru getah di dada.

Kira-kira jam 7 pagi, kami semua diikat di tangan dan diarah berkumpul di satu kawasan dalam kapal. Keadaan ketika itu tegang dengan perasaan takut menyelubungi wajah semua tawanan apatah lagi muncung senjata tentera Israel sentiasa diacu ke arah kami.

Sejak itu, kami langsung tidak diberi makan atau minum, malah tidak dibenarkan ke tandas. Bayangkan beberapa warga emas, terutama yang menghidap diabetes terpaksa menahan sakit untuk membuang air kecil kerana ketegasan tentera Israel yang langsung tidak bersimpati terhadap mereka.

Mujurlah, selepas berkali-kali dirayu, baru beberapa orang dibenarkan ke tandas, itupun dengan kawalan sangat ketat dan diperlakukan umpama banduan sedangkan mereka semua tidak berdaya dan sekadar orang awam yang tidak berbahaya.

Ketika itu juga, semua kamera, komputer riba serta pen dirampas dan dihancurkan tentera Israel. Apa saja bahan yang merakamkan kejadian serangan itu, turut dihapuskan. Apa yang tinggal pada kami hanya dompet dan dokumen seperti pasport.

Sakit di tangan juga mula terasa dan kebas seperti darah tidak mengalir kerana ikatan itu sangat kuat. Nak bergerak pun sukar kerana cahaya laser senjata mereka sentiasa disasar di dada kami. Bagi menghilangkan dahaga pula, kami terpaksa meminum sisa air dalam botol minuman berhampiran kami. Paling tak dapat dilupakan, satu bar Snickers dikongsi 30 orang untuk sekurang-kurangnya memberi sedikit tenaga.

Sebaik kapal kami berlabuh di Ashdod, Israel, proses untuk keluar dari kapal saja mengambil masa hampir 12 jam. Habis semua pakaian kami ditanggalkan ketika pemeriksaan dibuat. Pemeriksaan semua dokumen itu saja mengambil masa lebih satu jam.

Ketika itu, Tuhan saja yang tahu betapa kasarnya tentera Israel memperlakukan kami meskipun sekadar orang awam. Sudahlah diperlakukan seumpama banduan, kami turut dibawa ke Be'er Sheva, lokasi penjara baru Israel menggunakan bas yang hanya sesuai untuk membawa pengganas dalam perjalanan selama dua jam.

Be'er Sheva adalah penjara baru. Jadi, kami boleh dikatakan tahanan pertama yang merasmikannya. Selepas semua dokumen kami diserahkan kembali, barulah kami dapat merasa sedikit makanan, itupun hanya air mineral, sedikit sayur dan roti. Itu sajalah makanan yang dapat kami jamah sepanjang lebih 15 jam ditahan di penjara itu.

Jika hendak digambarkan keganasan tentera Israel memang sukar, tetapi cukuplah sekadar dikatakan bahawa mereka langsung tidak ada belas kasihan, tidak peduli apa yang diminta walau puas dirayu dan herdikan mereka menjadi teman sepanjang kami ditawan.

Layanan terhadap kami juga tak ubah seperti banduan. Ditolak ke sana sini dengan sangat kasar. Ketika itu, tiada perkara lain yang berlegar dalam kotak fikiran kecuali rasa marah dan berserah. Melihat kepada situasi yang kami hadapi itu, sukar untuk diagak sama ada kami bakal dibebaskan atau sebaliknya.

Mulanya, kami menjangka akan lama merengkuk di penjara sehinggalah kami didatangi wakil dari Pertubuhan Palang Merah dan Kedutaan Jordan yang membawa berita gembira, iaitu kami akan dibebaskan tidak lama lagi.

Tepat jam 8 pagi kelmarin kami dibebaskan tetapi terpaksa menjalani beberapa pemeriksaan sebelum dibenarkan menaiki bas pada jam 6.30 petang. Selepas perjalanan meletihkan hampir 12 jam, kami akhirnya sampai di sempadan Jordan dan dibawa ke sebuah hotel di Amman.

SUMBER:BERITA HARIAN


Komen:begitulah kejam Israel ..Tiada langsung perasaan belas kasihan d dlm diri mereka..Apabila saya membaca artikel d atas,saya rasa sedih+marah..Tp lbh byk mrh kot...Mrh d atas tindakan2 yg tlh mereka lakukan keatas org2 islam...Baru hari ini kita btul2 mrasai kekejaman/kezaliman israel....Smoga mereka2 yang tlh terkorban d dlm MISI BANTUAN KE GAZA mati dlm keadaan Syahid..kerana syurga adalah tmpt bagi merka yang mati Syahid...smoga Allah menurunkan bala yang dahsyat kpd kaum Yahudi...Dan marilah kita bersama2 bedoa agar islam d palestine tidak terus d tindas oleh kaum yang d laknat Allah ini...
Malaysia kutuk kezaliman Israel
Oleh S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
2010/06/01

Israel bunuh aktivis misi Gaza: Komando Yahudi gempur enam kapal bantuan bawa bekalan kemanusiaan ASHDOD: Komando Israel menyerbu beberapa kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal semalam menyebabkan 19 orang maut dan 36 lagi cedera, kebanyakannya aktivis Turki sekali gus mencetuskan krisis diplomatik antarabangsa.
“Ini menunjukkan kerakusan rejim Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa sesuka hati tanpa pertimbangan sama ada tindakan yang dilakukan boleh menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa.

“Oleh itu, seluruh dunia patut kutuk dan kecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel. Saya berharap insiden ini akan membawa kepada satu bentuk tindakan atau sekatan yang boleh dikenakan terhadap kerajaan Israel.

“Mungkin sesuatu harus dilakukan atau dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan PBB dalam masa terdekat,” katanya selepas perasmian Malam Amal Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.

Perdana Menteri juga berkata beliau masih menunggu maklumat lanjut mengenai keadaan rakyat Malaysia yang berada atas kapal yang diserang oleh tentera Israel itu.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, berkata Malaysia mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kejadian serangan rejim Israel terhadap kapal Turki Mavi Marmara yang membawa aktivis misi kemanusiaan ke Gaza termasuk 11 rakyat negara ini.

Katanya, serangan di perairan antarabangsa menggambarkan rejim haram Israel tidak menghormati langsung undang-undang antara-bangsa.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap kapal Mavi Marmara itu yang membawa keperluan asas seperti makanan, perubatan dan bahan binaan bagi keperluan rakyat Palestin

Monday, May 31, 2010

31 MEI 2010

pada 31 mei 2010 bsamaan dgn 17jamdailakhir 1431H cucu-cucu Hj Sulaiman tlh bkumpul utk bermain PAINTBALL ...Walaupun hnya bbrapa org je cucu2 hj sulaiman yg hadir,aktiviti ttp d jlnkan...Syukran kpd cucu2 Hj Sulaiman yg hadir ...Kpd yg x dpt hdr,insyallah bln 12 nnti kita adakan lgi prgrm spt ni....





Ni le wajah insan2 yg bermain Paintball.(saya x brani nak main:P)





Facebook...

Sekian bbrapa hari ana asyik berfacebook je d wktu mlm..So,skg time tu rest drpd berFACEBOOK..ON9 kat fb pun ada rest gak ye?..hehe..Buat bbrapa hari ni ana barcuti dri berfacebook utk mmberi laluan kpd diri ini utk mnmbh ilmu..Mnmbh ilmu??..(ni kira mmbls blk masa yg tlh d gunakan tuk bermain fb le ni..hehe)..Dsmping itu juga,ana nak mghabiskan bbrapa buah novel yg tlh d beli sejak bbrapa bln yg lalu yg mana shingga kini blum hbs d baca(ntah da smpai bab brapa da ana baca:P)..hehe..beli smasa cuti sklh bln 3 kot .smasa brada d kl...Tp smpai skg lum khatam lg..hebatkan?hehehe...Tapi insyallah ..ana akan mghabiskan novel2 tsbt pada minggu ini..So,pasni leh la bli novel lain plak..hehe



Dlm bbyk buku yg ana baca,ana rasa stkt ni novel novel kasidah-kasidah cinta yang mmpunyai jln crita yg mnarik...Walaupun bukunya tdklah stebal buku2 yg lain,ttapi jln critanya bbeza dgn novel2 yg saya baca sblm ni....em..Rasanya mesti ramai yg igtakan saya gemar mmbaca novel ni kan??..Actually,saya x le suka sgt mmbaca novel...Saya x suka sgt baca buku yg ttbl ni..Pning kpala d buatnya...Saya suka baca buku novel yg ringkas je...

Em..k la...stkt ni je blog tuk kali ni...Insyallah btemu lg ddlm blog sterusnya..Sekian,wassalam...

Saturday, May 29, 2010

2P

Memiliki Karamah Sehingga Mengislamkan Kaumnya

....alam kehidupan para sahabat, sering membuat orang kehairanan kerana karamah Ilahi yang diberikan kepada mereka untuk menolong mereka dalam menyiarkan agama Allah dan menghapus kejahilan yang membelenggu akal manusia. Di antara para sahabat ada yang diberi karamah dapat menyaksikan malaikat yang sedang memukul pasukan kafir di medan peperangan; seperti Abu Thalhah. Di antara mereka ada yang diberi karamah Allah melihat malaikat yang menjelma menjadi payung di atas rumahnya ketika ia membaca Al-Quran, seperti Usaid Ibnu Al-Hudair.

Di antara mereka ada pula yang diberi karamah Allah, ia dapat menurunkan hujan bila ia menadahkan tangannya ke langit dan berdoa kepada Allah agar hujan diturunkan, maka Allah segera mengabulkan doanya, seperti Al-Abbas bapa saudara Rasulullah SAW.

Di antara mereka ada yang diberi karamah Allah, tongkat boleh berubah menjadi lampu yang menyinari jalannya pada malam yang gelap gelita, seperti Thufail Ad-Dausi. Di antara mereka ada yang mendapat kiriman makanan dari Allah, ketika ia dipenjara kaum musyrikin, di dalam bilik yang tertutup, seperti Khabab Ibnu Al-Arat. Di antara mereka ada pula yang setelah mati syahid jenazahnya dimandikan oleh malaikat seperti Handhalan Ibn Abi Amir.

Beraneka ragam karamah dari Allah yang diberikan kepada para sahabat yang disebutkan sejarah Islam di mana kisah-kisahnya dikuatkan oleh sanad-sanad yang tidak dicampuri oleh keraguan. Karamah Allah yang diberikan kepada Abu Umamah Al-Bahili telah menyebabkan kaumnya tercengang kerana takjub. Maka mereka segera memeluk agama Islam yang didakwahkan Abu Umamah, hati mereka terbuka untuk menerima cahaya Ilahi, meskipun sebelum itu hati mereka terbelenggu oleh ajaran jahiliyah yang berisi kesesatan dan dugaan saja.

Adapun sebab-sebab kaum Abu Umamah masuk Islam adalah kerana pada suatu hari Suday Ibn Ajlan yang biasa dipanggil Abu Umamah datang kepada kaumnya dan mengajak mereka menyembah Allah. Abu Umamah mengisahkan peristiwa yang terjadi ketika ia bersama kaumnya yang menggembala. Ia berkata: “Ketika aku datang kepada kaumku, mereka telah memberi minum kambing-kambing mereka, memerah susunya dan meminumnya.

Ketika mereka melihat kedatanganku, mereka berkata: “Selamat datang wahai Suday Ibn Ajlan, kami mendengar bahawa kamu telah cenderung pada Muhammad.” Jawabku: “Tidak, tetapi aku telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah telah mengutus aku kepada kalian supaya menunjukkan Islam kepadamu.”

Ketika aku sedang bersama dengan mereka, tiba-tiba mereka menghidangkan bekas yang berisi darah, kemudian mereka berkumpul di sekelilingnya. Mereka berkata kepadaku: “Wahai Suday Ibn Ajlan, kemarilah.” Aku berkata kepada mereka: “Celakalah kalian! Aku datang kepadamu sebagai utusan dari orang yang mengharamkan atas kalian makanan semacam ini kecuali yang disembelih sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.”

Mereka bertanya: “Bagaimana bunyi firman-Nya?”

Jawabku. “Telah diturunkan ayat Al-Quran yang menerangkan tentang makanan yang diharamkan: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, (haiwan) yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas kecuali sempat kamu sembelih, dan (diharamkan bagi) yang disembelih untuk berhala.”

(Al-Maidah: 3)
Kemudian aku mengajak mereka kepada Islam, tetapi mereka menolak, ketika aku kehausan aku berkata kepada mereka: “Berilah aku minuman air, sungguh aku sangat haus.” Mereka berkata: “Tidak, kami akan membiarkan kamu mati kehausan.” Setelah itu aku membungkus kepalaku dengan kain serban kemudian aku tidur di bawah terik matahari yang sangat panas, dan aku biarkan mereka makan darah.
Tiba-tiba dalam tidurku aku melihat seseorang datang kepadaku dengan membawa sebuah bekas yang dibuat dari kaca; aku tidak pernah melihat bekas yang sebaik itu. Di dalamnya ada minuman yang menyegarkan yang tak pernah aku dapatkan di dunia. Aku mengambil bekas itu dan segera meminumnya hingga aku merasa kenyang. Setelah selesai minum, aku bangun. Demi Allah sejak saat itu aku tidak pernah haus sama sekali.

Ketika aku kenyang, salah seorang daripada mereka berkata pada mereka: “Telah datang padamu seorang dari keluarga kamu, mengapa kamu tidak memberinya makan.” Maka mereka datang kepadaku dengan membawa segelas susu; maka aku katakan pada mereka: “Aku tidak perlu lagi minuman ini.” Kemudian aku memperlihatkan perutku yang sudah kenyang pada mereka, sehingga mereka akhirnya masuk Islam.” Mereka meninggalkan berhala-berhala mereka dan masuk Islam. Mereka masuk Islam dengan hati yang rindu pada cahaya Ilahi dan kesucian agama Islam.

Abu Umamah adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW yang dipilih Islam untuk menyampaikan sinar Islam, ia belajar Islam dari Rasulullah SAW dan ia menjalankan apa yang diajarkan padanya dengan penuh ketaatan dan kesungguhan.

Pada suatu ketika, ia mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menjadikan ucapan salam kesejahteraan untuk umat kita dan jaminan bagi ahli Dhimmah kita.” Sejak itu Abu Umamah sentiasa memberi salam kepada setiap yang dijumpainya. Tidaklah ia bertemu dengan seorang muslim baik itu muslim kecil atau besar, melainkan ia mengucapkan: “Assalamu’alaikum.”

Tidak seorang pun yang mendahului ia mengucapkan salam, kecuali hanya sekali saja. Iaitu ketika ada seorang Yahudi bersembunyi di balik pohon, kemudian Yahudi itu keluar dengan secara tiba-tiba dan mengucapkan salam padanya.

Maka Abu Umamah berkata padanya: “Celakalah kamu wahai orang Yahudi, apa yang mendorongmu untuk berbuat demikian?”

Jawab Yahudi itu; “Kamu adalah orang yang banyak mengucapkan salam, dan aku tahu itu lebih utama, maka aku ingin mendapatkan keutamaan itu dengan mengucapkan salam lebih dulu.”

Maka jawab Abu Umamah, “Sesungguhnya salam adalah ajaran akhlak Islam yang diajarkan oleh Rasulullah pada kami.”

Hal lain yang didapatkan oleh Abu Umamah dari Rasulullah adalah perintah untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. Pada suatu ketika bonda Abu Umamah sedang sakit, maka baginda menyuruh Abu Umamah supaya tetap mendampingi ibunya hingga meninggal pada saat peperangan berlangsung. Setelah Rasulullah SAW memperoleh kemenangan pada peperangan tersebut dan baginda kembali ke Madinah, maka baginda mendatangi kubur bonda Abu Umamah dan meminta rahmat bagi almarhumah.

Abu Umamah salah seorang yang berbaiat kepada Rasulullah pada baiatur Ridwan yang diikrarkan di bawah pohon, hingga akhirnya kaum musyrikin mengajak berdamai dengan kaum muslimin yang terkenal dengan “Perjanjian al-Hudaibiyah.” Peristiwa itu terjadi pada 6 H. Ketika turun firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Fath ayat 18 yang ertinya: “Sungguh Allah telah reda terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepada-Mu di bawah pohon, maka Allah telah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kesenangan yang dekat (waktunya).” Abu Umamah berkata: “Wahai Rasulullah SAW, aku termasuk orang yang berbaiat pada-Nya di bawah pohon itu.”

Rasulullah berkata padanya: “Kamu bahagian dari aku dan aku bahagian dari kamu.”

Abu Umamah sangat haus dengan ilmu pengetahuan; ketika ia mendengar suatu kalimat dari Rasulullah SAW maka ia menghafalkan. Ketika ia ditanya tentang rahsia mengapa ia lebih mengutamakan ilmu daripada berbaiat, ia berkata: “Tatkala Rasulullah SAW ditanya tentang dua orang, yang satu orang ahli ibadah dan yang satu seorang ahli ilmu, mana yang lebih utama dari keduanya? Rasulullah SAW bersabda: “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah itu, bagaikan keutamaan diriku daripada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai.” Kemudian baginda membaca ayat (Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama).

Di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh Abu Umamah Al-Bahili ialah sabar ketika ditimpa musibah, tidak pernah mengadukan persoalannya kepada orang lain, mensyukuri nikmat meskipun nikmat itu hanya sedikit. Sifatnya yang penyabar dan banyak bersyukur melapangkan hatinya dalam menghadapi berbagai kesusahan, meskipun kesusahan itu lebih berat dari sebuah gunung. Tapi ia mampu menanggungnya dengan iman yang teguh, kerana ia tahu, bahawa semua itu telah ditakdirkan Allah atas dirinya. Harta kekayaan tidak pernah ada ertinya bagi dirinya, oleh kerana itu ia selalu berpaling dari kesenangan duniawi kerana ia tidak menyukainya. Sekalipun ia tidak pernah mengunjungi para penguasa atau gabenor daerah.

Abu Umamah banyak hafal khutbah-khutbah Rasulullah dan ia senang meriwayatkan khutbah itu dengan nasihatnya yang benar dan terang.

Ia hidup sampai usia lanjut, keadaan badannya telah lemah dan kesihatannya telah menurun, meskipun demikian ia tidak pernah meninggalkan solat berjemaah baik ketika musim dingin atau pada musim panas. Lisannya tidak pernah dikotori perbuatan mengumpat atau mengadu domba. Ia tidak pernah membiarkan sesuatu masuk dalam fikirannya kecuali hanya Allah.

Ia berkisah pada suatu hari, ia meminta Rasulullah agar baginda menyuruhnya melakukan sesuatu amalan yang bermanfaat bagi dirinya di sisi Allah. Maka Rasulullah SAW bersabda padanya: “Hendaklah kamu sentiasa berpuasa, kerana pahala puasa tiada bandingan.” Sejak itu Abu Umamah berserta keluarga dan pelayannya selalu berpuasa. Dan mereka hanya memakan roti kering dan garam, mereka tidak menyalakan api kecuali bila ada tamu.

Abu Umamah belum merasa cukup dengan hanya berpuasa setahun, setelah itu ia datang pada Rasulullah SAW dan berkata pada baginda: “Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku mengerjakan amalan (puasa), kini aku berharap agar Allah memberi manfaat padaku dengan amalan itu.” Rasulullah SAW bersabda padanya: “Ketahuilah, bahawa kamu tidak akan bersujud pada Allah sekalipun melainkan Allah akan mengangkat darjatmu dengan sujud itu atau Dia akan menghapus dosa-dosamu kerana sujud itu.”

Meskipun Abu Umamah orang yang tidak kaya, tetapi ia seorang dermawan, ia sering memberikan apa saja yang ada padanya. Ia tidak peduli apakah ada sesuatu yang untuk dimakan pada hari ini atau tidak, bahkan ia tidak pernah memberikan roti atau bawang jika tidak ada sesuatu yang lain untuk diberikan. Isterinya meriwayatkan: “Pada suatu hari di rumahnya tidak ada apa pun kecuali hanya wang 3 dinar. Tiba-tiba ada seorang pengemis di depan rumah, maka ia memberinya pengemis 1 dinar. Kemudian datang pula pengemis lain maka ia memberikan satu dinar, dan begitu juga untuk pengemis yang ketiga datang.

Akhirnya aku marah dan berkata padanya: “Kita sudah tidak memiliki apa-apa.” Maka kemudian ia berbaring di atas tempat tidur dan menutup pintu sampai azan Zuhur. Aku datang padanya dan membangunkannya, maka ia pergi ke masjid dalam keadaan berpuasa, sehingga aku kasihan padanya, maka aku meminjam wang untuk membeli makanan untuknya berbuka.

Ketika aku menyiapkan lampu dan makan malam, ia berkata: “Hidangan ini lebih enak daripada yang lain.” Setelah ia baru selesai makan malam, tiba-tiba salah seorang sahabatnya datang dan berkata padanya: “Wahai Abu Umamah, ini wang sejumlah 3,000 dinar sebagai keuntungan pinjaman dari wang yang aku pinjam darimu beberapa tahun yang lalu.” Maka ia menatapkan wajahnya ke langit sambil berbisik: “Wang satu dinar dibalas dengan seribu dinar, alangkah besarnya balasan Zat Tuhan Yang Maha Pemurah.”

Pada tahun 86 H. Abu Umamah meninggal dunia menuju kampung akhirat untuk menikmati kehidupan di hadirat Allah, dengan memperoleh balasan sebagai orang mukmin, ahli ibadah, penyabar dan orang yang bersyukur.

Thursday, May 27, 2010

Alasan??


Assalamualaikum wbt.....Alhamdulillah..D ptg jumaat yg mulia ini dpt juga saya mengupdatekan blog ni...Em..So,topik tuk kali ni ialah ttg menutup aurat..Saya mmilih topik ni tuk d bicarakan krn sejak akhir2 ni ramai wanita tidak istiqamah dlm mgunakan tudung...Pelbagai alasan2 yg x munasabah yg d berikan .......Antara alasan2 yg sering d berikan ialah(Ni kiranya alasan yg popular):


1. Menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah. Tapi dlm masa yang sama mereka tidak fikirkan betapa panasnya lagi api neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang hanya sementara. Em..Tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni, diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. SO, kenapa mereka boleh, saudari2 pulak kata tak boleh?

2. Ada plak bbrapa insan yg berpendapat, orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya. Jadi, adakah itu alasannya untuk kita tidak memakai tudung?.. so, adakah saudari2 tu dah baik sangat ?. Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Actually, dalam kehidupan sebagai seorang islam, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH ... Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH SWT. Adakah kita sudah cukup baik di sisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita?Sbagai cnthnya,saudari boleh b kata,pakai tudung ttapi mulut jahat,buat perkara jahat. Namun dlm masa yang sama kita kenalah faham. dia pakai tudung dan menurut perintah Allah. Hanya sikapnya lebih kurang spt saudari.Tak faham erti sebenar kenapa anda ni dijadikan dalam dunia ni.nak jadi HAMBA ALLAH atau HAMBA DUNIA?. tak malu menegakkan dalil sndiri,padahal dah Allah tetapkan dan turunkan pakaian yg elok2 utk saudari. kenapa mengingkar.mmg andalah manusia yg tak tahu erti syukur dicipta tu ape, malah blh pulak buat alasan pada Allah yg anda lagi baik dari org pakai tudung?mmg tak reti diuntung pada Sang Pencipta lah saudari ni..

3. Alsan yg ke3, ada juga di kalangan mereka yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup. Tapi, alasan yg d beri sgt mgecewakan,alasanya belum sampai serulah nak tutup aurat. Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak . Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-​tangguh pulak yer. Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-​tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu,..Tidakkan?? pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah.​.​.​ Ade ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-​tangguhkan ikut suka-suka hati jerk? Belum sampai seru juga membawa maksud, hidayah belum sampai. Emmm, persoalannya, dah kalau saudari2 tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? Dah kalau hidup sudari pun sukakan kepada perkara yang melanggar kpd printah ALLAH ada ker hidayah tu nak datang dekat pada diri kita?

4. Lagi, mereka merasakan mereka sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang mereka tampilkan. Mereka fikir, itulah gaya yang up to date dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah anda adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Hei, anda janganlah nak memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa nak ikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan). Tahu tak?Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itu tidak cantik! So, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan ALLAH dan ianya merupakan kesalahan yang amat-amat besar! Dan ketahuilah bahawa, disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak ALLAH. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah. bila anda menghina ciptaan ALLAH tu, anda renung diri anda dalam cermin balik. siapa yang cipta anda? kalau anda percaya ALLAH yang cipta anda, maka yg anda hina tadi termasuklah anda sekali. seronok menghina diri sendiri ye....

5. Ada plak org kata"Orang yang hebat-hebat spt menteri, professor, doktor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung kenapa mesti saya pakai tudung?" Masyallah...kenapa sudari nak tengok kepada title dan darjat? Kenapa saudari tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa saudari tak kaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama? saudari2 yakin ke, hanya dengan title professor, darjat, menteri dan sebagainya, dapat membawa kita kepada keredhaan ALLAH sedangkan kita tak peduli dengan perintah ALLAH dan sentiasa melanggar larangan-NYA tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran.Nnti kat akhirat bkn mereka-mereka tu yang bagi syafaat pada sudari ttapi Allah SWT. kalau yg bertitle tu tak pakai tudung saudari ikut. jadi kalau mereka terjun masuk neraka sudari nak ikut gak ke?


6. Kkdg ada gak golongan yang mmg tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, "Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk? Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!" .Kalau dah sampai tahap ni memang saya pun x tahulah nak kata apa.Hanya dirinya sendiri yg mmpu utk mgubah persepsi hidupnya..
Sama-samalah saya, anda atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan kita. Fikir-​fikirkanlah...


*Penutupnya(ada plak putupnya..rasa mcm buat krgn la plak.hehe)Saya ingin mmohon ampun dan maaf jika ada yg tsinggung dgn apa yg saya tuliskan dblog ni...Tidak ada niat nk menyinggung prasaan ssape.Saya ni hanya lah hamba Allah yang lemah..dan saya hanya bkongsi ilmu/cite/pndgn....