Wednesday, October 10, 2012

Tidur Yang Perlu Dikejutkan

Berbicara soal tidur, pastinya semua 'LIKE'~ memang semuanya indah dalam dilema sang mimpi. Bila dikata dengan lena, pastikan lenamu bersama niat ibadah dalam tidurmu. Jangan sampaikan terlalu seronok tidur, ibadah yang wajib tertinggal (jika tidak disegajakan, tidak mengapa). Tidur juga adalah rehat badan, tidak pada manusia sahaja, malahan mamalia, burung, juga haiwan-haiwan lain turut sama berehat dengan melelapkan mata. Berbalik pada tajuk yang mana ada waktu yang perlu kita kejutkan/bangunkan sekiranya tertidur pada masa atau keadaan sebegini yang mana di dalam Syarah al-Muhazzab, Asy Syeikh Muhazzab, Asy Syeikh Muhyiddin An Nawawy berkata ''disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir tiba habi''.. Hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T iaitu: tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian. Di dalam Kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang yang dalam tidur dalam hal keadaan:- 1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis 2. sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat 3. jika tidur pada saf pertama di dalam masjid 4. jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar 5. jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi berada di tempat teduh 6. jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari 7. jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh 8. jika tidur selepas azan 9. jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan sebagai makruh 10. jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke atas. Didalam kitab al-Mlnhaad dinyatakan makruh 11. jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu “tidak dimikian itu, dibenci Allah dan RasulNya. 12. adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah SWA bersabda :“Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan air ke mukanya dengan lembut lakuannya''.. Wallahu'alam

Wednesday, February 1, 2012

Masjid besar tetapi.....



SUATU KETIKA DAHULU
Bilamana azan berkumandang dari setiap masjid,Umat Islam akan bersegera menuju ke masjid untuk menyahut seruan Ilahi.Semua akan menyatukan saf dalam solat berjemaah tanpa mengira usia,warna kulit mahupun pangkat.Semuanya akan bersatu hati seiring selangkah menuju ke rumah Allah.



HARI INI
Bilamana azan berkumandang,boleh pula kita wat slumber.Tak hiraukan lansung seruan tersebut.Malahan terus menerus mem'busy'kan diri ngan kerja sendiri.Oeh itu,perbezaan yang amat ketara pada jumlah jemaah dpat dilihat.

Masjid semakin banyak dibina di setiap kawasan.Malahan ada yang berlumba-lumba untuk membina masjid yang besar dikawasanya.Persoalannya,adakah masjid yang dibina itu sekadar untuk menjadi perhatian orang ramai?adakah tmpt tuk bergambar sahaja?..Bilamana masuknya waktu,masjid yang besar ini hanya dapat mendirikan 2 saf sahaja??...

Seharusnya kita patut merasa malu kerana suasana yang sedemikian.Malu kerana masjid semacam sudah kehilangan daya tarikan dan kian terasing daripada kegitan harian umat islam.Masjid hanya tinggal sebagai bangunan yang tersergam indah dan berdiri megah tetapi sunyi dan lengang daripada kehadiran ahli-ahli kariah yang seharusnya dapat membantu dalam mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang dapat mendekatkan diri kepada ALLAH.

Mungkin kita hanya dapat melihat kemeriahan masjid hanya pada hari-hari tertentu
seperti Hari Jumaat,Pada bulan Ramadhan,Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidilfitri.Selepas itu,masjid akan kembali lesu dan lenggang.

"Laugan azan bergema merata
Suara Bilal entah kemana
Menara tertegak diseluruh daerah
Masjid kekosongan ahli ibadah "

KEMPEN BARANG BUATAN MALAYSIA VS KEMPEN JOM DATANG KE MASJID


Kita sering kali mendengar kempen 'BELILAH BRANGAN BUATAN MALAYSIA'.Namun,agak jarang kita mendengar kempen 'JOM DATANG KE MASJID'.Rasannya kempen mana yang akan menang??..tuk mendapatkan jawapanya,tepuklah dada dan tanyalah iman :)
Setiap daripada kita adalah khalifah ALLAH.Kitalah yang berperanan untuk kempen sahabat-sahabat kita untuk solat berjemaah di masjid.Bersama kita memakmurkan Masjid.

“Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu golongan yang memakmurkannya.” (Huud: 61)

"Apabila kamu melihat seseorang itu berulang alik ke masjid,maka persaksikanlah iman untuknya "(HR Al-Tarmizi)

- - - -
#PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA.BERFIKIRLAH DISEBALIK PERINGATAN TERSEBUT #
-Pastikan jantung masjid sentiasa berdenyut dengan pelbagai amalan seperti solat berjemaah,tilawah AL-Quran,iktikaf dan sebagainya
-Jangan jadikan usaha mengimarahkan masjid sebagai acara tahunan yang bermusim,masjid hanya HIDUP pada bulan-bulan tertentu
-Jangan mersakan diri seperti berada didalam sangkar ketika berada dimasjid.
-Masuk kedalam masjid dengan perasaan tawaduk & Khusyuk.Jagalah adab ketika di masjid
-Jadikan masjid sebagai pusat pengajian & pendidikan Islam yang terbuka untuk yang dahagakan ilmu dan hidayah



AYUH!BANGKITLAH!bersama kita mengimarahkan masjid kita..Pupuk semangat cinta akan MASJID..Dengan mencintai masjid,Insyallah kecintaan kita kepada Allah juga akan meningkat.

Wallahualam...

Wednesday, January 4, 2012

Hidup & Kontrak



Setiap yang terdapat dimuka bumi ini pasti akan menemui titik akhir dalam kehidupannya.Tidak kira di mana kita berada, diutara,selatan ,timur ataupun barat,Kita semua sudah pasti akan mempunyai satu had hidup,yang mana bila tiba masanya,kita akan kembali kerahmatullah.

Saya suka mengambil contoh Kontrak sebagai pejalanan hidup manusia.Knp saya mengambil Kontrak sebagai contoh?..Contoh situasi:Dalam sebuah kontrak,Encik Halim sebagai pekerja hanya akan diterima bekerja dan menerima gajinya selepas sah menjadi pekerja di Syarikat AH LENG..

Begitulah juga dengan kehidupan MANUSIA,kita akan dibayar gaji melalui amalan kita.Sekiranya hasil kerjanya bagus maka manusia akan mendapat gaji(pahala) manakala sekiranya kerja yang dilakukan melanggar syarat yang ditentukan ,maka gaji(pahala) akan dipotong dengan dosa.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau senda dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (Surah al-'Ankabut: 64)

Jadi,mana pilihan kita??adakah untuk melakukan kerja sambil lewa yang mana tidak menghiraukan syarat(hukum) yang telah ditetapkan oleh Allah?Atau melaksanakan tugas dengan bersunggu-sungguh dengan mendapat gaji(pahala) tanpa sebarang potongan(dosa)??..Tepuk Dada,Tanyalah Iman..


Setiap manusia pasti ingin mati secara baik bukan?Sekiranya mahu meninggal dunia ini secara baik,maka perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan menjalani hidup secara baik.Jalanilah kehidupan dengan baik dengan belajar untuk mencintai Allah,Nabi Muhammad dan saudara seisalam.Mungkin kita berjaya untuk mencintai Allah namun kita gagal untuk mencintai sesama manusia dan ada juga yang sebaliknya.

Maka,mualai saat ini,detik ini,bealajarlah untuk mencintai Allah,Rasul,dan sesama manusia.Jangan belajar tuk mencintai girlfriend @boyfriend je ye :P.Kita sendirilah yang akan menentukan bagaimana kesudahan kematian kita kelak.Berhati-hatilah dalam memilih jalan kehidupan kerana jalan yang samalah yang bakal kita tempuhi bagi meninggalkan dunia ini nanti.Wallahualam...
Sekian,Wassalam...

Monday, December 5, 2011

Kem Muzikal Anak Soleh





Jangan Lepaskan peluang keemasa.Daftar online di http://questsolutiontc.blogspot.com/

Monday, October 3, 2011

lahirnya seorang insan...



Alhamdulillah..Pada 26 syawal 1432H bersamaan dengan 24 September 2011M,telah lahirnya lagi seorang hamba Allah yang diberi nama Arissa Zara.
Syukur kehadrat Allah juga kerana Allah telah mempermudahkan proses kelahirannya..Arissa Zara lahir tepat pada jam 5.25 petang..

Tagisan si anak sudah tentu mengembirakan hati kedua ibu bapa.Itulah kenangan terindah buat mereka.Saat-saat yang sangat dinantikan Ibu bapa akhirnya tercapai jua.Tahniah buat along dan isteri kerana telah dikurniakan seorang anak perempuan..
Semoga dengan kelahiran permata hati tersebut akan dapat mendapat kebahagiaan dalam berumah tangga:)

بالموهوب و شكرت الواهب و رزقت بره و بلغ اشده

Buurika laka bilmauhub, wa syakarta al-Wahib, wa ruziqta birrahu, wa balagha ashuddahu.

Moga engkau diberkati dengan anugerah (kelahiran bayi) ini, dan bersyukur kepada yang Maha Pemberi (Allah), dan moga engkau diberikan ketaatannya, dan dia (bayi) akan membesar (dewasa).





Sekian,wassalam...

Saturday, August 20, 2011

Lailatul Qadar


Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW...
Alhamdulillah...Sdar tak sedar kini kita telah berada 10hari terakhir.Sebagaimana didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salman al- farisi, “Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.” ...Alhamdulillah..kita kini berada di fasa ketiga ramadhan,iaitu fasa pembebasan dari api neraka..10 hari terakhir ramadhan ialah hari yang penuh dengan keistimewaan/keberkatan...Sebagaimana firman Allah SwT dalam surat Al-Qadr ayat 3: “Lailatul Qdr itu lebih baik dari seribu bulan.” (Al-Qadr: 3)..

Keistimewaan 10 hari terakhir ramdhan:


ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.

Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.

Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.

Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat .

Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikianlah antara gambaran betapa istimewanya malam lailatul qadar, suatu malam paling mulia dan berkat yang berlaku hanya sekali dalam 365 hari, setiap tahun.

“Mengikut Imam Malik, sejarah malam lailatul qadar bermula apabila Nabi Muhammad SAW sedar yang usia umat Baginda tidak sepanjang usia umat terdahulu, hanya antara 60 tahun hingga 70 tahun, malah Rasulullah SAW sendiri wafat ketika usianya 63 tahun.

“Menyedari hakikat itu, Rasulullah berdoa kepada Allah SWT memohon supaya umatnya dapat beribadat sama dengan nilai ibadat umat terdahulu lalu disebabkan kasihnya Allah SWT terhadap baginda, Allah SWT mengurniakan malam lailatul qadar,” katanya.

Imam Qurtubi pula menjelaskan bahawa dikurniakan malam lailatul qadar itu sebagai tanda cintanya Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda melebihi umat lain dan dikurniakan malam istimewa itu juga bagi menghiburkan hati Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, suatu perkara yang sering diperdebatkan ketika membicarakan soal malam lailatul qadar adalah pada malam bilakah ia akan berlaku?

Hakikatnya tiada siapa mengetahui bila malam lailatul qadar akan berlaku termasuk Nabi Muhammad sendiri. Dalam satu kisah yang diriwayatkan Imam Muslim, diceritakan yang Rasulullah hampir memberitahu sahabat mengenai waktu berlaku lailatul qadar tetapi akhirnya tidak kesampaian.

Selepas kerap ditanya sahabat, Allah SWT akhirnya memberi wahyu kepada Rasulullah dengan menerangkan bilakah berlakunya malam lailatul qadar.

“Selepas menerima wahyu daripada Allah SWT, Baginda berjalan untuk menemui sahabat bagi memberitahu tanda berlakunya malam itu. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Baginda menemui dua sahabat yang sedang bertengkar.

“Baginda kemudian sibuk meleraikan pertengkaran dua sahabat itu dan akhirnya Rasulullah SAW terlupa tarikh atau masa malam al-Qadr seperti diwahyukan Allah.

Dalam kalangan ulama berpendapat bahawa antara hikmah terlupanya Rasulullah SAW akan tanda-tanda malam lailatul qadar adalah supaya manusia berusaha sendiri mencari malam berkenaan.

Ulama silam, Syeikh Ahmad Abduh yang turut berpandangan sedemikian menyebut bahawa Allah hanya memberikan hidayah kepada mereka yang berusaha mencarinya sekali gus menggambarkan yang malam lailatul qadar hanya akan diberi kepada mereka yang ikhlas beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan.

Ulama lain pula berpendapat yang dirahsiakan malam 1,000 bulan itu kerana membabitkan persoalan ketentuan qada dan qadar Allah SWT.

“Jika Nabi Muhammad SAW sudah memberitahu waktu berlakunya malam lailatul qadar, maka tidak ramai lagi umat Islam akan berusaha sebaliknya hanya menunggu dan beribadat pada malam itu saja dan tidak pada malam lain,” katanya.

Penelitian terhadap hadis Rasulullah SAW mendapati Baginda sekadar menyatakan malam lailatul qadar itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan selain malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan serta terdapat hadis menyatakan pada malam 27 Ramadan.

Malam lailatul qadar penuh dengan rahmat kepada umat Islam yang patuh mengerjakan ibadat sepanjang Ramadan.

Beberapa ulama muktabar antaranya Imam Nawawi dan Ibnu Hazm berpendapat bahawa malam lailatul qadar bergilir dari setahun ke setahun, misalnya jika tahun ini berlaku pada malam 21 Ramadan, tahun hadapan akan berlaku pada malam 23 Ramadan.

Jumhur ulama menyatakan lailatul qadar berlaku pada malam 27 Ramadan berdasarkan hadis daripada Ubai ibn Kaab:

“Bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kami menunaikan ibadat pada malam itu dan awal pagi 27 Ramadan, tandanya ialah matahari pada awal pagi dalam keadaan tenang, putih dan tidak pucat cuacanya,” (riwayat Tirmizi).

Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abas pula berijtihad bahawa malam lailatul qadar adalah malam ke-27 Ramadan berdasarkan penelitiannya terhadap rahsia surah al-Qadr.

Beliau mendapati ada 30 perkataan dalam surah berkenaan dan perkataan ‘Salamun Hiya’ (Sejahteralah malam itu) terletak pada perkataan ke-27.

“Bagaimanapun, apa yang Nabi Muhammad SAW tuntut bukanlah untuk mencari bilakah malam itu akan berlaku tetapi Baginda menyuruh supaya kita beribadat sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir Ramadan.

“Itu yang patut diperbetulkan dalam persepsi masyarakat dan diamalkan, malah sunnah Rasulullah, baginda sendiri menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.

“Jika kita kita beribadat terus-terusan pada 10 malam terakhir Ramadan, maka kita pasti akan beribadat pada malam lailatul qadar malah kita tidak akan rugi apa-apapun jika beribadat pada malam selain malam itu,” katanya.

Justeru, seperti juga saranan Ibnu Qayyim, umat Islam seharusnya memperbanyakkan ibadat pada malam itu dengan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan bertaubat, bertahajud, memohon doa, bersedekah jariah, bermuhasabah, bertafakur dan menangisi segala dosa silam.

Amalan mulia pada 10 malam terakhir Ramadan wajar diteruskan pada bulan lain, kerana ia boleh membentuk peribadi dan akhlak Muslim sejati. Ibadat tidak sepatutnya pada Ramadan saja kerana hubungan Allah dan umat Islam perlu sentiasa diperkukuhkan.

Sikap syukur kepada rahmat Allah akan mendekatkan manusia dengan pencipta-Nya. Perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadan, akan membentuk peribadi Muslim yang takwa dan sujud kepada Allah.

Oleh itu,marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan.

Wallahu`alam.


Wednesday, July 13, 2011

Muhasabah Diri....

Di saat diriku keseorangan..

Engkau menemaniku..

Di saat diriku alami kesedihan dan kehilangan sesuatu yang penting..

Engkau di sampingku..

Mengingatkanku..akan hikmah di sebalik sesuatu kejadian itu...

Di saat diriku putus asa...

Engkau meniupkan rasa kehambaanku dgn merintih memohon pertolonganmu...

Untuk ingatkan diriku..

bahawa engkau sentiasa berada di sampingku..

di saat diriku rasa hina di mata manusia...

Engkau mengingatkan diriku..kamu tidak hina..cuma merasa terlalu rendah diri dan takut dengan dugaan hidupku...

Di saat diriku merasa tidak berguna..

Ibarat sampah yang dibuang ke merata tempat...

Engkau ingatkan diriku...

Jangan berduka..dirimu masih ada peluang untuk menjadi berguna buat orang sekelilingmu...

Di saat diriku seperti tidak dihiraukan dan dihargai....

Engkau ingatkan diriku...

La Tahzan..setiap apa yang kamu lakukan...ade seseorang yang menghargaimu setiap masa...

Di saat diriku terumbang ambing...

Mencari sesuatu...untuk ku isi masa hidupku...

Engkau memberi petanda buatku..

Dirimu masih layak untuk bertaubat..

Ambillah peluang untuk mengubah dirimu....

Lebih baik daripada sebelumnya....

Insya'allah.dirimu pasti boleh hadapinya...lakukan,yakin & laksanakannya...

Ibarat jihad yang tidak pernah mengenal erti putus asa terhadap dugaan yang menimpa hidupmu sejak azali lagi...

Kuatkan semangat!!di sisimu..

Sentiasa ada'seseorang' yang akan memberi petunjuk..hidayah..bimbingan..

Jika dirimu rajin berdoa kepadaNYA...selalu...

Kerana DIA selalu akan memakbulkan doamu...

Tidak kira batas waktunya..dimanakah tempatnya.bagaimana caranya
dan apakah yang akan berlaku terhadap dirimu..

walaupun masa yang diambil panjang..ibarat tidak berpenghujung..

Di saat itulah...dirimu akan mengerti....

Akan tiba masanya...ia akan timbul....

Menyebabkan dirimu memahami hakikat mengapa diriku hidup di dunia yang sementara ini??

Untuk mengingatkan diriku..membaWA bekalan secukupnya...

Menghadapi sebuah dunia yang tidak kita ketahui lagi..bilakah akan tiba masa tersebut??

subhanallah!!wahai diriku..indahnya aturan DIA...

Janganlah dirimu mengeluh lagi..terasa hati lagi..merasa hina lagi....merasa tidak berguna lagi..

Kerana....DIA akan membantumu....jika dirimu sentiasa ingat memohon pertolongan bantuanNYA..pertolonganNYA...

DIA itu..ialah...

ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG..

dan pasti akan berlaku adil terhadap hamba2nya..

Tidak kiralah..agama manakah..warna kulit apakah..bangsa apakah...keturunan siapakah...bagaimana dirinyakah...

DIA AKAN MEMBANTU KITA SAAT SUSAH DAN SENANG..

Yakinlah dengan JANJINYA terhadap hamba2nya.. itu...

amin ya rabballamin..