assalamualaikum wbt....
tepat jam 10pm tdi ana mghubungi mak su ana yang berada di n9...Tujuan ana menghubunginya adalah utk btnyakan khabar (da lama gak x contact dia)...Sbaik sahaja ana mghubunginya ,mak su hnya bkata call blk..Skg jenazah arwah bapa kak Ayu tgh dmandikan...sbaik mndgr kata2 mak su,Ana pun terdiam...Mcm x caye pun ade gak...
Tpi itulah lumrah dlm khidupan...Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut ....
Salam takziah buat KAK AYU serta kluarga yang baru shja khilgn ayah tercinta.....
Smoga kalian smua tabah mghadapi musibah ini dan smoga roh arwah bapa kak ayu d tempatkan bsama-sama org yg briman...Amin...
Friday, June 25, 2010
Wednesday, June 23, 2010
Ya Allah...
Mengapa manusia itu merasakan bahwa mreka dibiarkn saja mngatakan:"Kami telah beriman",sedang mreka tdk diuji lg?Dan ssungguhnya kami tlh mnguji org2 sebelum mreka,maka sseungguhnya ALLAH mngetahui org2 yg bnar dan ssungguhnya Dia mngetahui org2 yg dusta.
Surah al-Ankabut ayt 2-3
KENAPA AKU TDK MNDAPATKAN APA YG AKU IDAM-IDAMKAN??
Boleh jd kamu mmbnci ssuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan blh jd pula kamu mnyukai ssuatu padahal ia amat buruk bagimu;ALLAH mngetahui sdang kamu tdk mngetahui.
Surah al-Baqarah ayt 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
ALLAH tdk mmbebani sseorang mlainkan ssuai dgn ksanggupannya.
surah al-Baqarah ayt 286
RASA TERTEKAN??
Janganlah kamu brsikap lemah dan janganlah pula kamu brsedih hati,padahal kamulah org yg plg tinggi(darjatnya),jika kamu org2 yg briman.
Surah al-Imran ayt 139
AKU TAK DAPAT BRTAHAN LAGI..
Dan jangan kamu btputus asa dari rahmat ALLAH,ssungguhnya tiada yg brputus asa dari rahmat ALLAH,mlainkan kaum yg kafir.
Surah Yusuf ayt 87
KEPADA SIAPA AKU BRHARAP??
Cukuplah ALLAH bagiku;tdk ada tuhan slain Dia.Hanya kpd-Nya aku brtawakal.
Surah at-Taubah ayt 129
BAGAIMANA HARUS AKU MNGHADAPINYA??
Hai org2 yg briman,brsabarlah kamu dan kuatknlah kesabaranmu dan tetaplah brsiap siaga dan brtaqwalah kpd ALLAH supaya kamu bruntung.
Surah al-Imran ayt 200
Jadikanlah sabar dan solat sbg penolongmu.Dan ssungguhnya yg demikian itu sungguh berat,kcuali org2 yg khusyuk.
Surah al-Baqarah ayt 45
APA YG AKU DAPAT DARI SEMUA INI??
Ssungguhnya ALLAH telah mmbeli dr org2 mukmin,diri dan harta mreka dgn mmberikan syurga utk mreka.
Surah at-Taubah ayt 111
(dipetik dari website ukhti Kiyyah..)

Monday, June 14, 2010
JAM ...

Proses pembangunan jam raksasa di The Mecca Clock Royal Tower, sedang dalam tahap penyelesaian. Nantinya dari atas menara yang memiliki ketinggian 577 meter tersebut, dapat melihat seluruh bagian kota Mekkah.
Jam berada di atas menara dengan diameter 46 meter, lima kali lebih besar dari Big Ben di London.
Wajah jam, yang muncul pada keempat sisinya bertuliskan lafal Allah, akan terlihat dari jarak tujuh kilometer.
Jam tersebut dibangun atas perintah Raja Abdullah Bin Abdulaziz Al Saud melalui hibah dari Yayasan King Abdul Aziz.
Mekah Royal Tower merupakan sebuah hotel dengan 858 kamar, yang dijadwalkan untuk dibuka pada kuartal ketiga tahun 2010. Selain hotel, juga akan terdapat museum Islam dan pusat pengamatan bulan.
Hotel 76 lantai ini merupakan bagian dari kompleks tujuh menara, Abraj Bait, yang terletak di sebelah Masjidil Mekah.Diperkiraka, hotel ini akan menjadi gedung tertinggi ke dua di jazirah Arab setelah menara di Dubai.
Pemerintah Saudi tengah mendorong pertumbuhan hotel, menghabiskan lebih banyak uang untuk meningkatkan jumlah kamar hotel baik di Mekah dan Madinah. Dalam mengantisipasi jumlah jamaah Haji dan Umrah yang diperkirakan mencapai 13.750.000 pada tahun 2019.
Wednesday, June 9, 2010
Siapalah kita di dunia ini...
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Ini hanyalah sebagai peringatan thdp diri ana dan akhi/ukhti sklian....

Tuesday, June 8, 2010
Perbandingan.....

Keistimewaan Muslimat berbanding Muslimin:
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Thursday, June 3, 2010
28 jam rasai azab Palestin
KUALA LUMPUR: Diacu raifal dengan laser senjata disasarkan ke dahi dan terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan serta berlumuran darah, adalah antara episod ngeri yang dilalui wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, dalam serangan tentera Israel ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ahad lalu.
Ashwad yang menyertai misi itu bersama jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip dan 10 rakyat Malaysia lain, turut menceritakan layanan buruk tentera Israel terhadap mereka sepanjang ditahan sebelum dibebaskan, kelmarin.
Berikut adalah rentetan pengalaman yang diceritakan Ashwad ketika dihubungi Berita Harian, beberapa jam selepas beliau tiba di Amman, Jordan, semalam.
“Tempoh 28 jam diserang dan ditawan tentera Israel dalam kapal sudah cukup untuk saya merasai penderitaan enam dekad warga Palestin berdepan dengan kekejaman regim Yahudi itu. Perasaan takut, marah dan panik bercampur baur, apatah lagi apabila terpaksa berdepan senjata mereka yang setiap saat diacu ke arah kami.
Episod ngeri itu bermula pada jam 4.30 pagi (waktu Turki) Ahad lalu, sejurus kapal Mavi Marmara memasuki perairan antarabangsa apabila tiga kapal perang Israel yang diiringi 16 bot laju komando mengepung kapal kami.
Tidak ada jalan lain untuk menghalang mereka menaiki kapal, melainkan penjaga keselamatan kapal terpaksa menyembur air ke arah mereka. Itupun tidaklah sekuat mana, berbeza sekali dengan dakwaan media Barat yang mendakwa Mavi Marmara memulakan serangan ke atas tentera Israel.
Selama hampir satu jam kami bergelut menghalang mereka menawan kapal sebelum kemuncaknya apabila tiga helikopter menurunkan komando di lokasi siaran langsung televisyen sedang dijalankan di mana pada ketika itu dianggarkan antara 30 hingga 40 komando Israel bertindak melepaskan tembakan rambang secara bertubi-tubi bagi mengosongkan kawasan itu.
Siapa yang berani berdepan situasi sebegitu, apatah lagi ia adalah pengalaman ngeri pertama sepanjang saya bertugas sebagai media, terutama apabila melihat sendiri beberapa rakan serombongan tumbang terkena peluru sesat.
Malah, lebih menakutkan apabila sasaran serangan mereka dilihat tidak mengira siapa termasuk wartawan dan jurugambar. Ada beberapa jurugambar ditembak di tangan untuk memaksa mereka melepaskan kamera.
Saya dan beberapa rakan lain ketika itu hanya mampu berlindung di sebalik tiang kapal dan berlari ke sana sini bagi mengelak terkena tembakan sebelum terpaku apabila cahaya laser senjata mereka disasarkan ke dahi saya.
Sukar digambarkan betapa saya terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan dan berlumuran darah untuk menyelamatkan diri selepas seorang penumpang kapal di sebelah saya ditembak dengan peluru getah di dada.
Kira-kira jam 7 pagi, kami semua diikat di tangan dan diarah berkumpul di satu kawasan dalam kapal. Keadaan ketika itu tegang dengan perasaan takut menyelubungi wajah semua tawanan apatah lagi muncung senjata tentera Israel sentiasa diacu ke arah kami.
Sejak itu, kami langsung tidak diberi makan atau minum, malah tidak dibenarkan ke tandas. Bayangkan beberapa warga emas, terutama yang menghidap diabetes terpaksa menahan sakit untuk membuang air kecil kerana ketegasan tentera Israel yang langsung tidak bersimpati terhadap mereka.
Mujurlah, selepas berkali-kali dirayu, baru beberapa orang dibenarkan ke tandas, itupun dengan kawalan sangat ketat dan diperlakukan umpama banduan sedangkan mereka semua tidak berdaya dan sekadar orang awam yang tidak berbahaya.
Ketika itu juga, semua kamera, komputer riba serta pen dirampas dan dihancurkan tentera Israel. Apa saja bahan yang merakamkan kejadian serangan itu, turut dihapuskan. Apa yang tinggal pada kami hanya dompet dan dokumen seperti pasport.
Sakit di tangan juga mula terasa dan kebas seperti darah tidak mengalir kerana ikatan itu sangat kuat. Nak bergerak pun sukar kerana cahaya laser senjata mereka sentiasa disasar di dada kami. Bagi menghilangkan dahaga pula, kami terpaksa meminum sisa air dalam botol minuman berhampiran kami. Paling tak dapat dilupakan, satu bar Snickers dikongsi 30 orang untuk sekurang-kurangnya memberi sedikit tenaga.
Sebaik kapal kami berlabuh di Ashdod, Israel, proses untuk keluar dari kapal saja mengambil masa hampir 12 jam. Habis semua pakaian kami ditanggalkan ketika pemeriksaan dibuat. Pemeriksaan semua dokumen itu saja mengambil masa lebih satu jam.
Ketika itu, Tuhan saja yang tahu betapa kasarnya tentera Israel memperlakukan kami meskipun sekadar orang awam. Sudahlah diperlakukan seumpama banduan, kami turut dibawa ke Be'er Sheva, lokasi penjara baru Israel menggunakan bas yang hanya sesuai untuk membawa pengganas dalam perjalanan selama dua jam.
Be'er Sheva adalah penjara baru. Jadi, kami boleh dikatakan tahanan pertama yang merasmikannya. Selepas semua dokumen kami diserahkan kembali, barulah kami dapat merasa sedikit makanan, itupun hanya air mineral, sedikit sayur dan roti. Itu sajalah makanan yang dapat kami jamah sepanjang lebih 15 jam ditahan di penjara itu.
Jika hendak digambarkan keganasan tentera Israel memang sukar, tetapi cukuplah sekadar dikatakan bahawa mereka langsung tidak ada belas kasihan, tidak peduli apa yang diminta walau puas dirayu dan herdikan mereka menjadi teman sepanjang kami ditawan.
Layanan terhadap kami juga tak ubah seperti banduan. Ditolak ke sana sini dengan sangat kasar. Ketika itu, tiada perkara lain yang berlegar dalam kotak fikiran kecuali rasa marah dan berserah. Melihat kepada situasi yang kami hadapi itu, sukar untuk diagak sama ada kami bakal dibebaskan atau sebaliknya.
Mulanya, kami menjangka akan lama merengkuk di penjara sehinggalah kami didatangi wakil dari Pertubuhan Palang Merah dan Kedutaan Jordan yang membawa berita gembira, iaitu kami akan dibebaskan tidak lama lagi.
Tepat jam 8 pagi kelmarin kami dibebaskan tetapi terpaksa menjalani beberapa pemeriksaan sebelum dibenarkan menaiki bas pada jam 6.30 petang. Selepas perjalanan meletihkan hampir 12 jam, kami akhirnya sampai di sempadan Jordan dan dibawa ke sebuah hotel di Amman.
SUMBER:BERITA HARIAN
Komen:begitulah kejam Israel ..Tiada langsung perasaan belas kasihan d dlm diri mereka..Apabila saya membaca artikel d atas,saya rasa sedih+marah..Tp lbh byk mrh kot...Mrh d atas tindakan2 yg tlh mereka lakukan keatas org2 islam...Baru hari ini kita btul2 mrasai kekejaman/kezaliman israel....Smoga mereka2 yang tlh terkorban d dlm MISI BANTUAN KE GAZA mati dlm keadaan Syahid..kerana syurga adalah tmpt bagi merka yang mati Syahid...smoga Allah menurunkan bala yang dahsyat kpd kaum Yahudi...Dan marilah kita bersama2 bedoa agar islam d palestine tidak terus d tindas oleh kaum yang d laknat Allah ini...
Malaysia kutuk kezaliman Israel
Oleh S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
2010/06/01
Israel bunuh aktivis misi Gaza: Komando Yahudi gempur enam kapal bantuan bawa bekalan kemanusiaan ASHDOD: Komando Israel menyerbu beberapa kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal semalam menyebabkan 19 orang maut dan 36 lagi cedera, kebanyakannya aktivis Turki sekali gus mencetuskan krisis diplomatik antarabangsa.
“Ini menunjukkan kerakusan rejim Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa sesuka hati tanpa pertimbangan sama ada tindakan yang dilakukan boleh menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa.
“Oleh itu, seluruh dunia patut kutuk dan kecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel. Saya berharap insiden ini akan membawa kepada satu bentuk tindakan atau sekatan yang boleh dikenakan terhadap kerajaan Israel.
“Mungkin sesuatu harus dilakukan atau dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan PBB dalam masa terdekat,” katanya selepas perasmian Malam Amal Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.
Perdana Menteri juga berkata beliau masih menunggu maklumat lanjut mengenai keadaan rakyat Malaysia yang berada atas kapal yang diserang oleh tentera Israel itu.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, berkata Malaysia mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kejadian serangan rejim Israel terhadap kapal Turki Mavi Marmara yang membawa aktivis misi kemanusiaan ke Gaza termasuk 11 rakyat negara ini.
Katanya, serangan di perairan antarabangsa menggambarkan rejim haram Israel tidak menghormati langsung undang-undang antara-bangsa.
“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap kapal Mavi Marmara itu yang membawa keperluan asas seperti makanan, perubatan dan bahan binaan bagi keperluan rakyat Palestin

Subscribe to:
Comments (Atom)