Tuesday, December 29, 2009

Kenangan @ Indonesia....


15 Disember 2009 / 28 zulhijjah 1430

~Alhamdulillah...Abah tlh mmbawa kmi melancong ke Indonesia...Km tlh btolak dr umah pada jam 8.15 mlm dan tiba d aiport Tg aru pada jam 8.35...Djangkakan fly pada jam 9.30 mlm...Ttpi atas sbb2 ttentu flight delay..dan d umumkan akan fly pada jam 10.30mlm...EM..bosan juga tunggu kpl llama...Da la kdai kat dlm tu da tutut..So,duk diam je la smntara mnunggu kpl...Tak lama kmudian...De announcement yg myatakan flight delay lg..jam 11.45.....Aduh!tension gak mnunggu kpl..Tp alhamdulillah..Tu la last announcement delay...Pastu x de announcemet lg...

~alhamdulillah kmi tlh slmt smpai D lpgn Tbg Soekarno-Hatta International Aiport pada jam 1.50 waktu Malaysia dan 12.50 waktu Indonesia...smpai kat Appartment kira2 jam 2.40pagi waktu Indonesia...Bila da smpai kat appartmen ,pe lagi tgk pmndgn Kota Jakarta la.....Kira2 jam 5 pg(M) baru tido..hehe


16 Disember 2009 / 29 zulhijjah 1430

~Geng pengembaraan upin dan ipn bermula...hehe..Tepat jam 9 pg(I),Km mmulakan pgembaraan...Km ke Bogor tuk mlancong ke Tmn Safari Indonesia...

~Tkjt mlihat keadaan d sana...Subahannallah...Cm kat Afrika je...Binatang smua bebas ke sana -sini...

~Sblm mnuju ke bahagian yg lbh dlm,km kena mlalui binatang2 tu..So,kenalah beri mknn pada meraka..Jauh gak pjlnn mnuju ke Indoornya...After that,Km mnaiki kabel tuk mlihat pmndgn d situ...Slps naik kabel,sempat gaklah saya dan abg saya mnunggang Unta...Em..seram gak ye naik unta...

~km kat situ agak lama la juga...Hampir 6 jam..hehe..Smasa nak mnuju ke kete...saya gembira bila mlihat suasana kat situ...Mereka x kira waktu dan d mana mereka brada...Merka pasti akan solat...Tu yg mmbuatkan sejuk hati bila mlihatnya...(kalau kat Malaysia,ssh nak nmpk cmtu...Dan rasanya stkt ni x pnh saya nmpk org Malaysia wat cmtu)...


17 Disember 2009 / 30 Zulhijjah 1430



~Pada Khamis km mnuju ke Anchol..Tmpt spt World Disney mahupun Genting Highland..
(actually rasa serba slh nak join ke anchol ni..Mana taknya,Mlm tu kan org smbt thn baru hijrah dengan pbykkan beribadah kpd Allah...Yg kami ni Plak g ke tmpt Hiburan...Masyallah...Da mmg aritu je la driver bwa g situ...So,dlm hati ni,beristighfar je la...)..

~Kat sini ada Ptunjukan binatang2 like Dolphin,Singa laut,Berunag,Hippo and other...

~dr situ,km ke sberangnya plak..Ke dunia Fantasi..Kat sinilah rasa cam Serba slh...Sbb Kat sini Mmg 100% tmpt hiburan...Tmpt Pmainan...

~Blk kira2 jam 12am..waktu Malaysia...Nak baca Yasin pun x dpt..Sbb Kat situ x de Yassin..Smbt thn baru dgn mmperbykkan bzikir je la jwbnya..


18 Disember 2009 / 1 Muharam 1431

~awal bgn pg...Tringakan suasana D kk..Kalau kat KK time2 cmtu mesti da ada kat Wisma Muis...Sedih ssgt...sbb x dpt nak g Smbt awal muharam kat situ..Pe la topik ceramahnya ye??

~Km bgerak awal skit sbb nak ke Bandung...Mnuju ke Bandung mgambil masa slama 2jam ++...

~bila smpai je kat Bandung,trus cari kdai mkn...Da le tu..Ttiba ada plak org kristina one group dtg ..Mereka blatih tuk smbt krismas kat situ...Pning kpala bila dgr diorang nyanyi lagu2 mereka...

~misi dan visi slps mkn,mcari masjid tuk mereka mnunaikan solat jumaat...Skjp gak ye mereka solat jumaat..Kat situ jam 12 Start..and lebih kurang jam 12.20 da abis da...

~ssdh mereka slesai mnunaikan solat,surn saya plak tuk solat Zohor..Plik gak bila tgk x de tmpt pempuan solat..Bila tanya kat mak cik clnr tu,dia kata llaki and pempuan cmpr je...Le..Myusahkan saya je ppnt mcari tmpt solat wanita..huhu....

~After that,Km mneruskan visi dan misi tuk bershoppnig:P...Byk gak bju kat situ ye...saya ni jns yg x suka bshopping dan jrg bshopping..Slalunya cuci mata je...Tp time kat situ,tringin plak mmbeli...So,Shopping sakan le jwbnya...Tp sbnrnya saya x shopping tuk diri saya..ttpi tuk mak cik2 kat sabah..Mereka da pesan mcm2..So,tunaikan je la pmintaan mereka...

~Tpt jam 4.30 ptg(I),km pun blk ke Jakarta....

~smpt gak la singgah tuk mkn nasi unduk(nasi lemak ) kat situ..

19 Disember 2009 / 2 Muharam 1431

~Sblm Pulang ke Tanah air,smpt gak ke ITC Jakarta pd paginya tuk bshopping kali terakhirnya kat situ..hehe...Tp x lama la..kat situ jam 10.30 until jam 11.50 (M)...

~Jam1 Smpai kat appartment tuk packing...Flight jam 5.30ptg(I)..tp delay ke jam 6 ptg(I)...

~Slmt tinggal Jakarta Indonesia...

~alhamdulillah..Slmt sampai ke Sabah jam 10.10 waktu Malaysia...

Tuesday, December 22, 2009

Cite blk dari Indonesia...

assalmualaikum...alhamdulillah..saya da slmt smpai ke tanah air pada 19 dis 2009 from jakrta indonesia....cite blk dari indonesia ialah...saya demam..hehe..Sehari slps blk dari Jakarta,badan rasa letih je and pning2...Skg ni da jadi demam da..Mungkin kerana prubahan cuaca kot...Almaklumlah ,cuaca d sini dan d situ agak berbeza sdikit...Em...rasanya...Insallah next time je la saya citekan pglmn ktika brada d situ...Bcz mata skg ni pun da brair da...k la...Sekian..Wsalam....

Friday, November 13, 2009

Jom baca news...

‘Mamak’ tidak tahu mengucap

BANGI: Mengaku kononnya adalah penganut agama Islam tulen namun rata-rata pekerja sebuah restoran ‘mamak’ muslim yang disoal siasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar.

Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.

Taktik itu dibongkar Jakim selepas penyamaran dilakukan kakitangannya di restoran berkenaan sejak sekian lama sebelum melakukan serbuan semalam.

Kewujudan restoran `halal’ palsu itu dibongkar selepas sepasukan lima pegawai Jakim dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menjalankan serbuan mengejut di restoran berkenaan di Jalan Bangi di sini, semalam.


Pemeriksaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, dilakukan selepas mendapat aduan berhubung kesangsian orang ramai terhadap sijil halal milik restoran berkenaan.

Sumber Jakim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, pegawai Jakim yang menjalankan pemeriksaan menyoal siasat lapan pekerja warga asing restoran berkenaan yang ketika itu sedang melayan berpuluh pelanggan Islam.

Menurutnya, kebanyakan pekerja dari India itu pada mulanya mengaku beragama Islam, namun gagal membaca surah al-Fatihah atau mengucap dua kalimah syahadah.

“Mereka tiba-tiba menjadi gagap dan hanya menggeleng kepala sekali gus membuktikan mereka bukan beragama Islam seperti didakwa.



Menurutnya, pemilik restoran sengaja menggantung kalimah ayat suci Al-Quran, Allah dan Nabi Muhammad di dinding premis termasuk ayat seribu dinar untuk mengaburi pemilik sebenar restoran berkenaan.

“Semua ayat al-Quran itu sengaja digantung di atas kaunter pembayaran selain sijil halal palsu yang turut diguna pakai bagi meyakinkan pelanggan seolah-olah restoran terbabit milik orang Islam.

“Siasatan susulan terhadap sijil pendaftar syarikat (ROC) bagaimanapun mendapat bukti paling jelas apabila nama pemilik yang tertera pada dokumen bukan Islam,” katanya.

Menurutnya, penyelia berusia 30-an yang juga bukan Islam cuba berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah berhubung bukti diperoleh itu sambil memberitahu restoran terbabit milik orang Islam.

“Agak mengejutkan apabila seorang lelaki berusia 40-an yang tidak dikenali tiba-tiba muncul sebelum memperkenalkan diri sebagai rakan kongsi pemilik restoran berkenaan.

“Lelaki itu mendakwa menguruskan restoran terbabit walaupun namanya tidak tertera pada ROC. Dia mendakwa restoran itu diuruskan olehnya. Bagaimanapun pegawai Jakim percaya lelaki berkenaan hanyalah `wayang’ yang diupah sekiranya berlaku apa-apa masalah,” katanya.


Di petik drp:Harian metro...



p/s:Pasni haruslah lbh bhati2 dlm mmilih kdai mkn atau yg sma waktu dgnnya..hehe

Wednesday, November 11, 2009

Siapa kita??

•Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

•Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


•Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


•Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.


•Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.


•Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.


•Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.


•Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.


•Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


•Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


•Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


•Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


•Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa mementingkan harta.


•Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi


•Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


•Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.


•Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.


•Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.


•Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.


•Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.


•Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


•Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal² kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


•Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


•Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Thursday, November 5, 2009

Friday, October 30, 2009

Bagaimana keadaan Kita Apabila Mati...







Semoga gambar2 di atas akan dpt mmberi keinsafan kpd diri kita...

Renung-renungkanlah

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Siapakah orang yang KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau tidak menghiraukan artikel ini, malah dia juga tidak akan menyampaikan pula pada org lain...

Thursday, October 22, 2009

Perkongsian

SEMBANG TOPIK : [sim] INFO : Cara Jepun “Mengharamkan” Rokok
Thursday 08 October 2009 - 11:43:05


From: Sirajuddin Abbas
Date: 2009/10/3
Subject: [sim] INFO : Cara Jepun “Mengharamkan” Rokok
To: SIM Informasi tentang cara Pemerintah Jepun dalam “mengharamkan” rokok di negaranya. Tidak perlu pakai MUJ (Majlis Ulama Jepun).

Ini menunjukkan bentuk kepedulian Jepun akan kesihatan dan kenyamanan warganya.

* Tahun 2004, Pemerintah Jepun menaikan harga rokok. Dengan dinaikannya rokok, tidak menyebabkan kos pengangkutan, teksi, dll menjadi naik jugak.

* Tahun 2007 akhir, Pemerintah Jepun memasang larangan merokok di semua teksi di Jepun, tidak terkecuali untuk pengemudinya. Kalau di KL kan, penumpang mengalah kepada pemandu teksi yang merokok.

* Tahun 2008, Pemerintah Jepun mengeluarkan kad “Taspo”, yaitu semacam SIK (Surat Izin Merokok), dengan tujuan remaja di bawah umur 20 tahun tidak boleh merokok. Masing-masing perokok wajib terdaftar sebagai perokok dan wajib memiliki kad tersebut. Kad Taspo ini sangat sakti. Mesin penjual rokok atau toko tidak akan menjual rokoknya kepada yang tidak memiliki kad ini.

* Kad ini juga akan mengesan prestasi penggunaan rokok per bulan dalam hitungan grafik, yang berhubungan dengan kesehatan dunia dan sebagainya.

* Rokok di Jepun dibuatkan semacam klasifikasi dari 10 s/d 1. Tujuannya adalah memberikan penyuluhan kepada perokok untuk berhenti secara alami. Klasifikasi tingkat 10 adalah yang paling berat, tinggi kadar tar, nikotin, dll. Setelah itu akan biasakan dengan rokok klasifikasi 9, 8, 7, dst., akhirnya klasifikasi tingkat-1, yaitu rokok yang paling ringan. Kalau sudah terbiasa menghisap rokok klasifikasi-1, tidak merokok sama sekali pun boleh.

* Tempat-tempat merokok disediakan bagi perokok hampir di pusat-pusat kota

* Merokok sambil berjalan boleh didenda 5000 yen/ RM200 di tempat!

* Awal 2009, dikabarkan harga rokok akan naik berlipat-kali ganda, dari 300 yen menjadi 900 yen. Dijamin, gaji akan habis kalau nekad beli rokok tiap hari. Semua karena pemerintah peduli kepada warganya. Tanpa perlu fatwa-fatwa.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan...

Bismillahirahmanirahim..alhamdulillah..akhirnya bulan yg d tunggu2 selama ni tiba gak iaitu bulan ramadhan..Firstly nak wish Salamabt menyambut bulan ramadhan al mubarak...

21/08/09...
Kmarin ade smbt Friendship day kat sklh..So,kitorang(student 3m) celebrate le friendship day tu..Dok mkn laksa then tukaq2 present..Stelah btukar-tukar hadiah,akhir den dpt la sebuah beg tgn..X tau la dari sape..But thanx la tuk sape yg bagi hand beg tu ye...Slesai je smbtn Friendship day,ttiba ada spotchek la plak..Anyway no komen la ttg spotchek tu..Just want to say,Pengawas Maktab Sabah mmg Hbt..Tgs,and amanah dlm mlaksanakan tugas..Tahniah..

Alhamdulillah..Mlm dpt gak mgerjakan solat rawih kat Masjid Nurul Iman,Kg pasir Putih Putatan smalm...Tkejut tgk ramai sgt org kat Masjid...Slalunya x de la ramai camtu..Sampaikan saya tpksa solat dkt2 tangga je..(pdn ngan muka aku..sape suro dtg lmbt..hehe)..Almhamdulillah la byk org p Masjid..Tapi yg mslhnya bbdk yg p Masjid(kcik2 da p msjd bgs la)...Tapi..kalo g masjid tuk solat x pe..Ni g masjid nak buat kecoh je..Geram gak ngan bbdk tu smlm..Mghlg org ramai drpd mlakukan solat dgn khusyuk..Hrp2 mlm ni bbdk tu x buat kecoh lagi la..

K la..stakat ni je blog saya kali ni..Insyallah kalo bkesempatan lagi,saya akan update blog ni..Now nak g study..exam excel da nak tiba da..Doakan saya mdpt kputusan yg cmerlang k..Anyway,slmt bpuasa=P


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, June 3, 2009

Macam-macam..

Ciri-ciri ajaran sesat
Jika ada didalam sesuatu ajaran itu seperti dibawah ini, ia adalah diwartakan sebagai Ajaran Sesat. :-


1) Guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu.
2) Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga.
3) Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat.
4) Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.
5) Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat.
6) Pengikut tarekat mereka sahaja dijamin masuk syurga.
7) Mempunyai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.
8) Mempercayai bahawa semua agama adalah sama.
9) Mempercayai ada lagi nabi selepas nabi Muhammad.
10) Penyerahan rohani / jasmani kepada guru melalui nikad batin.
11) Meminta pertolongan daripada orang yang telah mati.
12) Mempercayai bahawa dirinya atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat ma'unah (pertolongan) Allah.
13) Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.
14) Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil nabi, boleh memberi sysfaat kepada muridnya.
15) Mendakwa bahawa wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad.
16) Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diterima terus dari Rasullullah secara jaga.
17) Mempercayai bahawa orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
18) Mempercayai bahawa orang tertentu tidak mati dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi.
19) Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah melalui Nur Muhammad yang ada dalam dirinya.
20) Boleh memanggil roh orang mati dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir.
21) Memansuhkan Syariah islam dan mengadakan syariat baru.
22) Meninggalkan sembahyang Jumaat keraan mengamalkan suluk.
23) amalan haji tidak semestinya di mekah, di tempat lain juga boleh.
24) Huruf huruf dalam kalimah hanyalah lambang.
25) Mempercayai bahawa bacaan2 seorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain2 boleh memberikan kesan baik atau buruk.
26) Mengagung agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.
27) Mengaku diri sebagai Nabi Isa.
28) Mengaku diri sebagai Imam Mahdi.
29) mendakwa menjadi wali sedangkan dirinya bergelumang dalam maksiat.
30) Mengaku tahu perkara2 ghaib dan menilik nasib sesaorang.
31) Mengaku dirinya atau gurunya maksum
32) Menghalalkan nikah adik beradik
33) Mematuhi dengan buta tuli ajaran gurunya walaupun gurunya itu melakukan kesalahan an dosa.
34) Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya.
35) Guru mendakwa bahawa tugas tugas Rasul diamanat kepadanya.
36) Islam sesaorang itu tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya.
37) Semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini.
38) Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur (cahaya) di dalam badan Nabi adam turun menurun di dalam badan semua Nabi nabi dan seterusnya ke dalam badan Imam imam (Syiah) dan guru guru hinga kiamat.
39) Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di panca Budi Medan atau di Medan sahaja.
40) Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.
41) Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat sahabat nabi s.a.w.
42) Bersemadi di tempat tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu satu hajat.
43) Jika ada kemusykilan dalam satu satu ajaran, murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk kepada guru.
44) Boleh meramalkan kedatangan Imam mahdi dan kiamat.
45) Pengikut boleh menerima kuasa luar biasa dari guru.
46) Pengikut pengikut lelaki dan perempuan dikehendaki diuji dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapapun apa yang terjadi dengan guru dalam bilik itu.
47) Pengikut tidak boleh berkahwin dengan bukan pengikut ajaran itu.
48) Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalu tidak akan ditimpa bala.
49) Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.
50) Gurunya mengaku Imam mahdi dan muridnya yang kanan Nabi Isa.
51) Nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin.
52) Percaya kepada makhluk makhluk seperti kayu bata dan dan kuasa ghaib.
53) Perbuatan maksiat seperti judi, zina dan minum arak serta segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru tarekatnya dan boleh dapat jaminan ampun dari Allah ke atas dosa pengikutnya.
54) Murid murid tidak boleh mengahwini wanita wanita yang diminati oleh gurunya.
55) Murid murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.
56) Ibadat sembahyang berpada dengan "niat" (terlintas dihati) sahaja.
57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.
58) Quran mempunyai makna makna batin itulah sebenar keramat.
59) Makna Quran yang zahir itu kulit sahaja tidak berguna.
60) Islam itu ada zahir dan batin; Zahir itu kulit dan batin itu isi, bila dapat isi kulit tidak berguna lagi.

bagi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan mana mana perkara di atas segeralah bertaubat "NASUHA"




Berikut adalah senarai ajaran yang telah diwartakan sesat diMalaysia oleh Majlis Ugama Islam Malaysia.
1) Nasrul Haq
2) Budi Suci
3) Al Watan
4) Budi Suci Sejati
5) Jawa Faradin
6) Silat Sunda Pukulan Ghaib
7) Tusuk Hikmat
8) Ilmu Kebatinan
9) Potong Maya
10) Naluri
11) Kaula
12) Haqqullah Syahadah
13) Rampai
14) Wali Suci
15) Kalimat Sakti
16) Silat Pukulan jarak Jauh
17) Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18) Zikir Sha'ban Islam Haq
19) Asal Wujud Garis Laksamana
20) Al Ma'zat
21) "Trancendentel Meditation"- Maharsi Mahish Yugi
22) Abdul Manan bin Harun - Tolak Hadis Ilmu
23) Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T. Qahar
24) Kumpulan Ikhwan / Al Mas
25) Kuasa Ghain (Tahan Diri)
26) Mohd. Nordin Putih
27) Nasrun S.T. Qahar
28) Roslan Katimun - Ajaran Wali Sembilan
29) Tariqat Naqsyahbandiah Kadirun Yahya
30) Wali Sembilan
31) Khatijah binti ali @ Puan Tijah
32) Syed Mutalib Bin Syed Mohd. Nordin
33) Ajaran Mohd. Seman Al Banjari
34) Al Arqam
35) Golongan Anti Hadis
36) Ajaran Juruzon bin Abdul Latif (Hj. Ahmad Al Walidie(Pak Su))
37) Syiah
38) Ajaran Hj.Ghazali Othman Hulu Kelang
39) Ajaran Hj. Kahar Ahmad
40) Ajaran Ilmu Tajali Ahmad Laksamana
41) Ajaran Ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
42) Tarikat Mufaridiah
43) Ajaran Hassan Anak Rimau
44) Tarikat Aurad Ismailiah
45) Ajaran Martabat Tujuh
46) Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
47) Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
48) Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
49) Ajaran Ahmadiah / Qadiani
50) Ajaran Mohd. Nor Seman
51) Ajaran Ayah Pin
52) Ajaran Bahai


Dipetik dari :isuhangat

Sunday, March 8, 2009

Salam Maulidur Rasul

assalamualaikum wbt...Firstly,saya nak mohon maaf bcoz x dpt nak upload pic tuk projek sejarah tu atas sbb2 tertentu...

Anyway I want to wish Salam Maulidur Rasul to all muslim in Malaysia...Arini saya ke Wisma Muis tuk myambut Maulidur Rasul..Walaupun saya x join perarakan dari Padang Merdeka ke Wisma Muis,saya ttp mrasa khangatan sambutan Maulidur Rasul..

Tak sangka plak byk org g kat Dewan Wisma Muis ni shinggakan pnuh dewan tu dan ade yg tpaksa duk kat laintai je..Org Sabah Mmg hebat...hehe..Smangat yg d tunjukkan oleh mereka smua patut d contohi...

Em...Tahniah kepada Semua pemenang..Trutama skali X-school saya iaitu Madrasah Al-Hidayah Kg Pasir Putih Putatan..Smoga korang akan lebih maju pas ni..
Hidup MADRASAH AL-HIDAYAH and MAKTAB SABAH!!

Wednesday, February 18, 2009

bulan 2...

Antara aktiviti2 yg tlh d lakukan dan akan di lakukan pada bulan ni ialah:
1 Feb 2009-Majlis perasmian olahraga
5 Feb 200-sambutan Gong Xi Fa Cai
17 feb 2009-Nadhira birthday party
18 Feb 2009-Kokum da start da...
19 Feb 2009-Kokum(sukan kumpulan A)
20 Feb 2009-Sambutan maal hijrah,Taklimat keerja kursus Geo abd Sej
21 Feb 2009-Extra Class(sejarah)
25 Feb 2009-kokum (kelab/persatuan)
26 Feb 2009-kokum (sukan kumpulan B)

sekian...wsalam..
(p/s:byk tul keje form 3 ni..pning kpala den mmikirkannya...Tak sabo nak tunggu bulan March...)

Thursday, February 5, 2009

PALESTINE...

Assalamualaikum wbt..Arini saya nak cite skit ttg Palestine..Palestina bukanlah tanah kosong tanpa bangsa (the land without nation), bukan pula milik Zionis Israel, sebuah bangsa yang tidak memiliki tanah (the nation without land). Palestina adalah bumi para nabi dimana mereka mengajarkan risalah tauhid kepada umatnya. Palestina – di mana masjidil Aqsha ada di sana – merupakan kiblat pertama umat Islam. Allah memuliakan Palestina dengan Al-Masjid Al-Aqsha. Di sana terdapat Al-Masjid Al-Aqsha, tempat para nabi dan rasul, dan tempat yang sangat diberkahi. Di Masjid Al-Aqsha ini pula Rasulullah saw. melakukan isra’ dan di sini beliau memimpin shalat bagi para nabi dan rasul –suatu simbol bahwa Rasulullah saw. adalah pemimpin mereka.




Palestina merupakan tanah waqaf umat Islam. Sedangkan Zionis Israel Yahudi tidak memiliki hak waris atas tanah Palestina. Zionis Israel Yahudi tidak memiliki akar sejarah sebagai penduduk asli Palestina.

Dalam sejarah juga disebutkan bahwa Al-Hajj Amin Al Husaini, Mufti Palestina, adalah orang pertama yang menyiarkan kemerdekaan Republik Indonesia di radio internasional. Sejak setelah saat itulah Indonesia memperoleh kemerdekaannya setelah mendapatkan dukungan dari negara-negara Timur Tengah, salah satunya Palestina.




Seluruh umat Islam, bahkan seluruh manusia, memiliki kewajiban untuk menjaga dan menyelamatkan Palestina dari berbagai macam penjajahan bangsa-bangsa yang terkutuk, utamanya bangsa Yahudi. Umat Islam juga memiliki kewajiban terhadap eksistensi Masjid Al Aqsa.

Ketika Zionis Israel melancarkan agresinya ke Palestina - khususnya ke wilayah Jalur Gaza - pada peralihan tahun 2008 - 2009, dunia semakin menyaksikan kekejaman mereka terhadap rakyat Palestina. Anak-anak, wanita, orang tua, dan warga sipil lainnya yang tidak berdosa menjadi korban pembantaian Israel. Hampir ribuan nyawa manusia melayang di sana, dan korban luka-luka berjatuhan mencapai lebih dari 3.000 orang. Indonesia sebagai negara berpenduduk muslim terbesar di dunia harus memiliki andil dalam menyelamatkan Palestina dari penjajahan dan agresi yang dilakukan oleh Zionis Israel. Oleh karena itu, mari kita salurkan bantuan baik moril maupun materiil untuk mereka.

Tuesday, January 27, 2009

blog pertama


assalamualaikum wbt dan slm sejahtera..ni adalah blog saya yg pertama..ni saje je testing tulis blog...