Wednesday, February 1, 2012

Masjid besar tetapi.....



SUATU KETIKA DAHULU
Bilamana azan berkumandang dari setiap masjid,Umat Islam akan bersegera menuju ke masjid untuk menyahut seruan Ilahi.Semua akan menyatukan saf dalam solat berjemaah tanpa mengira usia,warna kulit mahupun pangkat.Semuanya akan bersatu hati seiring selangkah menuju ke rumah Allah.



HARI INI
Bilamana azan berkumandang,boleh pula kita wat slumber.Tak hiraukan lansung seruan tersebut.Malahan terus menerus mem'busy'kan diri ngan kerja sendiri.Oeh itu,perbezaan yang amat ketara pada jumlah jemaah dpat dilihat.

Masjid semakin banyak dibina di setiap kawasan.Malahan ada yang berlumba-lumba untuk membina masjid yang besar dikawasanya.Persoalannya,adakah masjid yang dibina itu sekadar untuk menjadi perhatian orang ramai?adakah tmpt tuk bergambar sahaja?..Bilamana masuknya waktu,masjid yang besar ini hanya dapat mendirikan 2 saf sahaja??...

Seharusnya kita patut merasa malu kerana suasana yang sedemikian.Malu kerana masjid semacam sudah kehilangan daya tarikan dan kian terasing daripada kegitan harian umat islam.Masjid hanya tinggal sebagai bangunan yang tersergam indah dan berdiri megah tetapi sunyi dan lengang daripada kehadiran ahli-ahli kariah yang seharusnya dapat membantu dalam mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang dapat mendekatkan diri kepada ALLAH.

Mungkin kita hanya dapat melihat kemeriahan masjid hanya pada hari-hari tertentu
seperti Hari Jumaat,Pada bulan Ramadhan,Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidilfitri.Selepas itu,masjid akan kembali lesu dan lenggang.

"Laugan azan bergema merata
Suara Bilal entah kemana
Menara tertegak diseluruh daerah
Masjid kekosongan ahli ibadah "

KEMPEN BARANG BUATAN MALAYSIA VS KEMPEN JOM DATANG KE MASJID


Kita sering kali mendengar kempen 'BELILAH BRANGAN BUATAN MALAYSIA'.Namun,agak jarang kita mendengar kempen 'JOM DATANG KE MASJID'.Rasannya kempen mana yang akan menang??..tuk mendapatkan jawapanya,tepuklah dada dan tanyalah iman :)
Setiap daripada kita adalah khalifah ALLAH.Kitalah yang berperanan untuk kempen sahabat-sahabat kita untuk solat berjemaah di masjid.Bersama kita memakmurkan Masjid.

“Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu golongan yang memakmurkannya.” (Huud: 61)

"Apabila kamu melihat seseorang itu berulang alik ke masjid,maka persaksikanlah iman untuknya "(HR Al-Tarmizi)

- - - -
#PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA.BERFIKIRLAH DISEBALIK PERINGATAN TERSEBUT #
-Pastikan jantung masjid sentiasa berdenyut dengan pelbagai amalan seperti solat berjemaah,tilawah AL-Quran,iktikaf dan sebagainya
-Jangan jadikan usaha mengimarahkan masjid sebagai acara tahunan yang bermusim,masjid hanya HIDUP pada bulan-bulan tertentu
-Jangan mersakan diri seperti berada didalam sangkar ketika berada dimasjid.
-Masuk kedalam masjid dengan perasaan tawaduk & Khusyuk.Jagalah adab ketika di masjid
-Jadikan masjid sebagai pusat pengajian & pendidikan Islam yang terbuka untuk yang dahagakan ilmu dan hidayah



AYUH!BANGKITLAH!bersama kita mengimarahkan masjid kita..Pupuk semangat cinta akan MASJID..Dengan mencintai masjid,Insyallah kecintaan kita kepada Allah juga akan meningkat.

Wallahualam...