Tuesday, March 9, 2010

Nasib seekor tupai...


Kepala tupai tersangkut dalam kelapa

LONDON - Disebabkan asyik menikmati kelapa, kepala sepasang tupai tersangkut di dalamnya sehingga ke paras bahu di sebuah taman milik seorang penduduk Jane Roberts, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua ekor tupai itu memasukkan kepalanya ke dalam tempurung kelapa tersebut untuk memakan isinya.

Haiwan itu merupakan pengunjung setia taman Jane di Fareham, Hampshire.

Sebelum ini, ia sering mencuri makanan untuk burung, tetapi kini tupai tersebut sukakan kelapa.

"Kali pertama saya nampak mereka makan, saya hampir pengsan ketawa. Mereka nampak seperti dua orang angkasawan," katanya.


(dipetik drp Kosmo )

Saturday, March 6, 2010

illuminati??

Iluminati??..pe tu iluminati??

Syarikat2 rakaman muzik adalah milik Illuminati

Boleh dikatakan semua syarikat rakaman antarabangsa yang besar dimiliki oleh mereka. Sebagai contohnya Virgin Records. Logonya tiada lambang matahari, segitiga dan seumpamanya, tetapi ia memakai nama Virgin. Virgin bermaksud ‘perawan’. Itu sahaja sudah melambangkan bahawa tuhan penyembah berhala dulu adalah lahir dari seorang ‘perawan’. Sebagai contohnya Horus yang lahir dari Isis.

Syarikat seperti Warner Bros pula bukan sahaja mengendalikan rakaman album lagu tetapi juga mempunyai cawangan dalam bidang perfileman. Pengasas Warner Bros iaitu Jack Leonard Warner atau nama asalnya Jacob Warner amat dikenali sebagai seorang anggota Freemasons. Logo yang mereka gunakan adalah berupa sebuah perisai. Perisai Daud juga adalah di antara simbol mereka. Huruf WB juga membentuk seakan piramid, dan huruf W itu serampang 3 mata.

Beberapa orang artis mati selepas bercakap mengenai Illuminati

Ini hanya sekadar teori kerana tiada bukti lagi dari pihak polis atau mana2 untuk membuktikannya. Cuma mengapa selepas artis2 ini mengeluarkan pendapat mengenai Illuminati, tidak lama kemudian mereka dibunuh atau pun terbunuh?

Spt Michael Jackson @ Mikail. Adalah diberitahu bahawa Mikail ada memperkatakan sesuatu tentang Illuminati , memperbanyakkan slogan2 yang memperjuangkan ‘love and peace’ , yang akhirnya dia didapati mati kerana masalah jantung.

Walaubagaimana pun , ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Cuma sebab musababnya yang berbeza2 antara seorang manusia dengan manusia yang lain.

Filem-filem peperangan memutar belit keadaan
Perhatikanlah kebanyakan filem perang yang muncul di pawagam. Yang menjadi wira adalah askar-askar Amerika dan sewaktu dengannya. Itu adalah taktik membrainwash penonton agar melihat bahawa mereka berada di pihak yang baik. Pelbagai gaya lakonan yang ditonjolkan yang kebanyakannya mempengaruhi perasaan manusia secara psikologi. Penonton-penonton akan bersemangat menyokong wira-wira tersebut dan bersimpati kepada mereka.

Tetapi adakah lakonan itu sama dengan keadaan sebenar yang berlaku? Di dalam filem, orang jahat pun boleh jadi baik kerana itu adalah lakonan semata-mata. Tetapi jangan kita lupa keadaan dunia sebenar, dengan apa yang pernah diperlakukan oleh tentera-tentera Amerika terhadap umat Islam khususnya.

Ya betul bukan semua askar Amerika itu jahat. Tetapi masalahnya mereka sudah dilatih dan dibrainwash oleh pihak atasan. Dan mereka terpaksa akur menjalankan tugas mereka. Sama ada mereka suka atau tidak, mereka terpaksa mengikut telunjuk kerajaan mereka. Itu yang perlu kita faham.

Dan jika anda mahu tahu, Kementerian Pertahanan Amerika mempunyai beberapa orang pegawai yang tugas mereka ialah berbincang tentang projek filem dengan Hollywood. Mereka dibenarkan membaca skrip2 filem dan kemudian diberikan peluang untuk memberikan idea-idea mereka.

Dan dari dulu lagi, kebanyakan pengganas2 atau orang2 jahat dalam filem Hollwood adalah dari bangsa Arab ataupun bangsa2 lainnya.

Pengaruh Illuminati pada sukan bolasepak
Dengan adanya plawanan bola sepak,manusia leka dan alpa utk mnunaikan solat.Ini adalah hasil kajian logo MU.

Di tengah-tengahnya ialah iris mata yang di dalamnya terdapat sebuah kapal yang mempunyai 3 layar dan seekor syaitan yang memegang serampang 3. Di bahagian atasnya adalah huruf ‘H’ yang mungkin bermaksud Horus dan di bahagian bawahnya adalah huruf ‘I’ yang mungkin bermaksud Isis.

Horus adalah tuhan matahari kepada penyembah2 berhala Mesir kuno, dan Isis adalah ibu kepadanya. Dan seluruh logo tersebut berwarna kuning dan merah seolah-olah matahari dan api yang bersemarak.


Manchester United ni dari dulu sampai sekarang tetap menjadi juara dan unggul dalam bolasepak. Adakah kerana pemain2 nya betul2 pandai, atau kerana kuasa duit?.Bolasepak antarabangsa sememangnya banyak dipengaruhi oleh MU, maka tidak hairanlah jika syarikat2 ARAK / MINUMAN KERAS terkenal sering sahaja menaja kelab2 bolasepak.



Ksimpulannya:Adakah kita nak tgk kaum yahudi trus mmproleh kmngn??so,renungkan2kanlah ye...(p/s:Actually baru skg ni saya tau pe tu iluminati.hehe)