Monday, October 3, 2011

lahirnya seorang insan...



Alhamdulillah..Pada 26 syawal 1432H bersamaan dengan 24 September 2011M,telah lahirnya lagi seorang hamba Allah yang diberi nama Arissa Zara.
Syukur kehadrat Allah juga kerana Allah telah mempermudahkan proses kelahirannya..Arissa Zara lahir tepat pada jam 5.25 petang..

Tagisan si anak sudah tentu mengembirakan hati kedua ibu bapa.Itulah kenangan terindah buat mereka.Saat-saat yang sangat dinantikan Ibu bapa akhirnya tercapai jua.Tahniah buat along dan isteri kerana telah dikurniakan seorang anak perempuan..
Semoga dengan kelahiran permata hati tersebut akan dapat mendapat kebahagiaan dalam berumah tangga:)

بالموهوب و شكرت الواهب و رزقت بره و بلغ اشده

Buurika laka bilmauhub, wa syakarta al-Wahib, wa ruziqta birrahu, wa balagha ashuddahu.

Moga engkau diberkati dengan anugerah (kelahiran bayi) ini, dan bersyukur kepada yang Maha Pemberi (Allah), dan moga engkau diberikan ketaatannya, dan dia (bayi) akan membesar (dewasa).





Sekian,wassalam...