Wednesday, October 10, 2012
Tidur Yang Perlu Dikejutkan
Berbicara soal tidur, pastinya semua 'LIKE'~ memang semuanya indah dalam dilema sang mimpi. Bila dikata dengan lena, pastikan lenamu bersama niat ibadah dalam tidurmu. Jangan sampaikan terlalu seronok tidur, ibadah yang wajib tertinggal (jika tidak disegajakan, tidak mengapa). Tidur juga adalah rehat badan, tidak pada manusia sahaja, malahan mamalia, burung, juga haiwan-haiwan lain turut sama berehat dengan melelapkan mata.
Berbalik pada tajuk yang mana ada waktu yang perlu kita kejutkan/bangunkan sekiranya tertidur pada masa atau keadaan sebegini yang mana di dalam Syarah al-Muhazzab, Asy Syeikh Muhazzab, Asy Syeikh Muhyiddin An Nawawy berkata ''disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir tiba habi''.. Hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T iaitu: tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian. Di dalam Kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang yang dalam tidur dalam hal keadaan:-
1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis
2. sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat
3. jika tidur pada saf pertama di dalam masjid
4. jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar
5. jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian
lagi berada di tempat teduh
6. jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari
7. jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh
8. jika tidur selepas azan
9. jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman
dinyatakan sebagai makruh
10. jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke atas. Didalam kitab al-Mlnhaad dinyatakan makruh
11. jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan
teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu “tidak dimikian itu, dibenci Allah dan RasulNya.
12. adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah SWA bersabda :“Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan
air ke mukanya dengan lembut lakuannya''..
Wallahu'alam
Wednesday, February 1, 2012
Masjid besar tetapi.....

SUATU KETIKA DAHULU
Bilamana azan berkumandang dari setiap masjid,Umat Islam akan bersegera menuju ke masjid untuk menyahut seruan Ilahi.Semua akan menyatukan saf dalam solat berjemaah tanpa mengira usia,warna kulit mahupun pangkat.Semuanya akan bersatu hati seiring selangkah menuju ke rumah Allah.

HARI INI
Bilamana azan berkumandang,boleh pula kita wat slumber.Tak hiraukan lansung seruan tersebut.Malahan terus menerus mem'busy'kan diri ngan kerja sendiri.Oeh itu,perbezaan yang amat ketara pada jumlah jemaah dpat dilihat.
Masjid semakin banyak dibina di setiap kawasan.Malahan ada yang berlumba-lumba untuk membina masjid yang besar dikawasanya.Persoalannya,adakah masjid yang dibina itu sekadar untuk menjadi perhatian orang ramai?adakah tmpt tuk bergambar sahaja?..Bilamana masuknya waktu,masjid yang besar ini hanya dapat mendirikan 2 saf sahaja??...
Seharusnya kita patut merasa malu kerana suasana yang sedemikian.Malu kerana masjid semacam sudah kehilangan daya tarikan dan kian terasing daripada kegitan harian umat islam.Masjid hanya tinggal sebagai bangunan yang tersergam indah dan berdiri megah tetapi sunyi dan lengang daripada kehadiran ahli-ahli kariah yang seharusnya dapat membantu dalam mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang dapat mendekatkan diri kepada ALLAH.
Mungkin kita hanya dapat melihat kemeriahan masjid hanya pada hari-hari tertentu
seperti Hari Jumaat,Pada bulan Ramadhan,Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidilfitri.Selepas itu,masjid akan kembali lesu dan lenggang.
"Laugan azan bergema merata
Suara Bilal entah kemana
Menara tertegak diseluruh daerah
Masjid kekosongan ahli ibadah "
KEMPEN BARANG BUATAN MALAYSIA VS KEMPEN JOM DATANG KE MASJID
Kita sering kali mendengar kempen 'BELILAH BRANGAN BUATAN MALAYSIA'.Namun,agak jarang kita mendengar kempen 'JOM DATANG KE MASJID'.Rasannya kempen mana yang akan menang??..tuk mendapatkan jawapanya,tepuklah dada dan tanyalah iman :)
Setiap daripada kita adalah khalifah ALLAH.Kitalah yang berperanan untuk kempen sahabat-sahabat kita untuk solat berjemaah di masjid.Bersama kita memakmurkan Masjid.
“Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu golongan yang memakmurkannya.” (Huud: 61)
"Apabila kamu melihat seseorang itu berulang alik ke masjid,maka persaksikanlah iman untuknya "(HR Al-Tarmizi)
- - - -
#PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA.BERFIKIRLAH DISEBALIK PERINGATAN TERSEBUT #
-Pastikan jantung masjid sentiasa berdenyut dengan pelbagai amalan seperti solat berjemaah,tilawah AL-Quran,iktikaf dan sebagainya
-Jangan jadikan usaha mengimarahkan masjid sebagai acara tahunan yang bermusim,masjid hanya HIDUP pada bulan-bulan tertentu
-Jangan mersakan diri seperti berada didalam sangkar ketika berada dimasjid.
-Masuk kedalam masjid dengan perasaan tawaduk & Khusyuk.Jagalah adab ketika di masjid
-Jadikan masjid sebagai pusat pengajian & pendidikan Islam yang terbuka untuk yang dahagakan ilmu dan hidayah

AYUH!BANGKITLAH!bersama kita mengimarahkan masjid kita..Pupuk semangat cinta akan MASJID..Dengan mencintai masjid,Insyallah kecintaan kita kepada Allah juga akan meningkat.
Wallahualam...
Wednesday, January 4, 2012
Hidup & Kontrak
Setiap yang terdapat dimuka bumi ini pasti akan menemui titik akhir dalam kehidupannya.Tidak kira di mana kita berada, diutara,selatan ,timur ataupun barat,Kita semua sudah pasti akan mempunyai satu had hidup,yang mana bila tiba masanya,kita akan kembali kerahmatullah.
Saya suka mengambil contoh Kontrak sebagai pejalanan hidup manusia.Knp saya mengambil Kontrak sebagai contoh?..Contoh situasi:Dalam sebuah kontrak,Encik Halim sebagai pekerja hanya akan diterima bekerja dan menerima gajinya selepas sah menjadi pekerja di Syarikat AH LENG..

Begitulah juga dengan kehidupan MANUSIA,kita akan dibayar gaji melalui amalan kita.Sekiranya hasil kerjanya bagus maka manusia akan mendapat gaji(pahala) manakala sekiranya kerja yang dilakukan melanggar syarat yang ditentukan ,maka gaji(pahala) akan dipotong dengan dosa.
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau senda dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (Surah al-'Ankabut: 64)
Jadi,mana pilihan kita??adakah untuk melakukan kerja sambil lewa yang mana tidak menghiraukan syarat(hukum) yang telah ditetapkan oleh Allah?Atau melaksanakan tugas dengan bersunggu-sungguh dengan mendapat gaji(pahala) tanpa sebarang potongan(dosa)??..Tepuk Dada,Tanyalah Iman..

Setiap manusia pasti ingin mati secara baik bukan?Sekiranya mahu meninggal dunia ini secara baik,maka perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan menjalani hidup secara baik.Jalanilah kehidupan dengan baik dengan belajar untuk mencintai Allah,Nabi Muhammad dan saudara seisalam.Mungkin kita berjaya untuk mencintai Allah namun kita gagal untuk mencintai sesama manusia dan ada juga yang sebaliknya.
Maka,mualai saat ini,detik ini,bealajarlah untuk mencintai Allah,Rasul,dan sesama manusia.Jangan belajar tuk mencintai girlfriend @boyfriend je ye :P.Kita sendirilah yang akan menentukan bagaimana kesudahan kematian kita kelak.Berhati-hatilah dalam memilih jalan kehidupan kerana jalan yang samalah yang bakal kita tempuhi bagi meninggalkan dunia ini nanti.Wallahualam...
Sekian,Wassalam...
Subscribe to:
Comments (Atom)