Monday, December 5, 2011

Kem Muzikal Anak Soleh





Jangan Lepaskan peluang keemasa.Daftar online di http://questsolutiontc.blogspot.com/

Monday, October 3, 2011

lahirnya seorang insan...



Alhamdulillah..Pada 26 syawal 1432H bersamaan dengan 24 September 2011M,telah lahirnya lagi seorang hamba Allah yang diberi nama Arissa Zara.
Syukur kehadrat Allah juga kerana Allah telah mempermudahkan proses kelahirannya..Arissa Zara lahir tepat pada jam 5.25 petang..

Tagisan si anak sudah tentu mengembirakan hati kedua ibu bapa.Itulah kenangan terindah buat mereka.Saat-saat yang sangat dinantikan Ibu bapa akhirnya tercapai jua.Tahniah buat along dan isteri kerana telah dikurniakan seorang anak perempuan..
Semoga dengan kelahiran permata hati tersebut akan dapat mendapat kebahagiaan dalam berumah tangga:)

بالموهوب و شكرت الواهب و رزقت بره و بلغ اشده

Buurika laka bilmauhub, wa syakarta al-Wahib, wa ruziqta birrahu, wa balagha ashuddahu.

Moga engkau diberkati dengan anugerah (kelahiran bayi) ini, dan bersyukur kepada yang Maha Pemberi (Allah), dan moga engkau diberikan ketaatannya, dan dia (bayi) akan membesar (dewasa).





Sekian,wassalam...

Saturday, August 20, 2011

Lailatul Qadar


Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW...
Alhamdulillah...Sdar tak sedar kini kita telah berada 10hari terakhir.Sebagaimana didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salman al- farisi, “Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.” ...Alhamdulillah..kita kini berada di fasa ketiga ramadhan,iaitu fasa pembebasan dari api neraka..10 hari terakhir ramadhan ialah hari yang penuh dengan keistimewaan/keberkatan...Sebagaimana firman Allah SwT dalam surat Al-Qadr ayat 3: “Lailatul Qdr itu lebih baik dari seribu bulan.” (Al-Qadr: 3)..

Keistimewaan 10 hari terakhir ramdhan:


ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.

Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.

Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.

Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat .

Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikianlah antara gambaran betapa istimewanya malam lailatul qadar, suatu malam paling mulia dan berkat yang berlaku hanya sekali dalam 365 hari, setiap tahun.

“Mengikut Imam Malik, sejarah malam lailatul qadar bermula apabila Nabi Muhammad SAW sedar yang usia umat Baginda tidak sepanjang usia umat terdahulu, hanya antara 60 tahun hingga 70 tahun, malah Rasulullah SAW sendiri wafat ketika usianya 63 tahun.

“Menyedari hakikat itu, Rasulullah berdoa kepada Allah SWT memohon supaya umatnya dapat beribadat sama dengan nilai ibadat umat terdahulu lalu disebabkan kasihnya Allah SWT terhadap baginda, Allah SWT mengurniakan malam lailatul qadar,” katanya.

Imam Qurtubi pula menjelaskan bahawa dikurniakan malam lailatul qadar itu sebagai tanda cintanya Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda melebihi umat lain dan dikurniakan malam istimewa itu juga bagi menghiburkan hati Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, suatu perkara yang sering diperdebatkan ketika membicarakan soal malam lailatul qadar adalah pada malam bilakah ia akan berlaku?

Hakikatnya tiada siapa mengetahui bila malam lailatul qadar akan berlaku termasuk Nabi Muhammad sendiri. Dalam satu kisah yang diriwayatkan Imam Muslim, diceritakan yang Rasulullah hampir memberitahu sahabat mengenai waktu berlaku lailatul qadar tetapi akhirnya tidak kesampaian.

Selepas kerap ditanya sahabat, Allah SWT akhirnya memberi wahyu kepada Rasulullah dengan menerangkan bilakah berlakunya malam lailatul qadar.

“Selepas menerima wahyu daripada Allah SWT, Baginda berjalan untuk menemui sahabat bagi memberitahu tanda berlakunya malam itu. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Baginda menemui dua sahabat yang sedang bertengkar.

“Baginda kemudian sibuk meleraikan pertengkaran dua sahabat itu dan akhirnya Rasulullah SAW terlupa tarikh atau masa malam al-Qadr seperti diwahyukan Allah.

Dalam kalangan ulama berpendapat bahawa antara hikmah terlupanya Rasulullah SAW akan tanda-tanda malam lailatul qadar adalah supaya manusia berusaha sendiri mencari malam berkenaan.

Ulama silam, Syeikh Ahmad Abduh yang turut berpandangan sedemikian menyebut bahawa Allah hanya memberikan hidayah kepada mereka yang berusaha mencarinya sekali gus menggambarkan yang malam lailatul qadar hanya akan diberi kepada mereka yang ikhlas beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan.

Ulama lain pula berpendapat yang dirahsiakan malam 1,000 bulan itu kerana membabitkan persoalan ketentuan qada dan qadar Allah SWT.

“Jika Nabi Muhammad SAW sudah memberitahu waktu berlakunya malam lailatul qadar, maka tidak ramai lagi umat Islam akan berusaha sebaliknya hanya menunggu dan beribadat pada malam itu saja dan tidak pada malam lain,” katanya.

Penelitian terhadap hadis Rasulullah SAW mendapati Baginda sekadar menyatakan malam lailatul qadar itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan selain malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan serta terdapat hadis menyatakan pada malam 27 Ramadan.

Malam lailatul qadar penuh dengan rahmat kepada umat Islam yang patuh mengerjakan ibadat sepanjang Ramadan.

Beberapa ulama muktabar antaranya Imam Nawawi dan Ibnu Hazm berpendapat bahawa malam lailatul qadar bergilir dari setahun ke setahun, misalnya jika tahun ini berlaku pada malam 21 Ramadan, tahun hadapan akan berlaku pada malam 23 Ramadan.

Jumhur ulama menyatakan lailatul qadar berlaku pada malam 27 Ramadan berdasarkan hadis daripada Ubai ibn Kaab:

“Bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kami menunaikan ibadat pada malam itu dan awal pagi 27 Ramadan, tandanya ialah matahari pada awal pagi dalam keadaan tenang, putih dan tidak pucat cuacanya,” (riwayat Tirmizi).

Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abas pula berijtihad bahawa malam lailatul qadar adalah malam ke-27 Ramadan berdasarkan penelitiannya terhadap rahsia surah al-Qadr.

Beliau mendapati ada 30 perkataan dalam surah berkenaan dan perkataan ‘Salamun Hiya’ (Sejahteralah malam itu) terletak pada perkataan ke-27.

“Bagaimanapun, apa yang Nabi Muhammad SAW tuntut bukanlah untuk mencari bilakah malam itu akan berlaku tetapi Baginda menyuruh supaya kita beribadat sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir Ramadan.

“Itu yang patut diperbetulkan dalam persepsi masyarakat dan diamalkan, malah sunnah Rasulullah, baginda sendiri menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.

“Jika kita kita beribadat terus-terusan pada 10 malam terakhir Ramadan, maka kita pasti akan beribadat pada malam lailatul qadar malah kita tidak akan rugi apa-apapun jika beribadat pada malam selain malam itu,” katanya.

Justeru, seperti juga saranan Ibnu Qayyim, umat Islam seharusnya memperbanyakkan ibadat pada malam itu dengan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan bertaubat, bertahajud, memohon doa, bersedekah jariah, bermuhasabah, bertafakur dan menangisi segala dosa silam.

Amalan mulia pada 10 malam terakhir Ramadan wajar diteruskan pada bulan lain, kerana ia boleh membentuk peribadi dan akhlak Muslim sejati. Ibadat tidak sepatutnya pada Ramadan saja kerana hubungan Allah dan umat Islam perlu sentiasa diperkukuhkan.

Sikap syukur kepada rahmat Allah akan mendekatkan manusia dengan pencipta-Nya. Perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadan, akan membentuk peribadi Muslim yang takwa dan sujud kepada Allah.

Oleh itu,marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan.

Wallahu`alam.


Wednesday, July 13, 2011

Muhasabah Diri....

Di saat diriku keseorangan..

Engkau menemaniku..

Di saat diriku alami kesedihan dan kehilangan sesuatu yang penting..

Engkau di sampingku..

Mengingatkanku..akan hikmah di sebalik sesuatu kejadian itu...

Di saat diriku putus asa...

Engkau meniupkan rasa kehambaanku dgn merintih memohon pertolonganmu...

Untuk ingatkan diriku..

bahawa engkau sentiasa berada di sampingku..

di saat diriku rasa hina di mata manusia...

Engkau mengingatkan diriku..kamu tidak hina..cuma merasa terlalu rendah diri dan takut dengan dugaan hidupku...

Di saat diriku merasa tidak berguna..

Ibarat sampah yang dibuang ke merata tempat...

Engkau ingatkan diriku...

Jangan berduka..dirimu masih ada peluang untuk menjadi berguna buat orang sekelilingmu...

Di saat diriku seperti tidak dihiraukan dan dihargai....

Engkau ingatkan diriku...

La Tahzan..setiap apa yang kamu lakukan...ade seseorang yang menghargaimu setiap masa...

Di saat diriku terumbang ambing...

Mencari sesuatu...untuk ku isi masa hidupku...

Engkau memberi petanda buatku..

Dirimu masih layak untuk bertaubat..

Ambillah peluang untuk mengubah dirimu....

Lebih baik daripada sebelumnya....

Insya'allah.dirimu pasti boleh hadapinya...lakukan,yakin & laksanakannya...

Ibarat jihad yang tidak pernah mengenal erti putus asa terhadap dugaan yang menimpa hidupmu sejak azali lagi...

Kuatkan semangat!!di sisimu..

Sentiasa ada'seseorang' yang akan memberi petunjuk..hidayah..bimbingan..

Jika dirimu rajin berdoa kepadaNYA...selalu...

Kerana DIA selalu akan memakbulkan doamu...

Tidak kira batas waktunya..dimanakah tempatnya.bagaimana caranya
dan apakah yang akan berlaku terhadap dirimu..

walaupun masa yang diambil panjang..ibarat tidak berpenghujung..

Di saat itulah...dirimu akan mengerti....

Akan tiba masanya...ia akan timbul....

Menyebabkan dirimu memahami hakikat mengapa diriku hidup di dunia yang sementara ini??

Untuk mengingatkan diriku..membaWA bekalan secukupnya...

Menghadapi sebuah dunia yang tidak kita ketahui lagi..bilakah akan tiba masa tersebut??

subhanallah!!wahai diriku..indahnya aturan DIA...

Janganlah dirimu mengeluh lagi..terasa hati lagi..merasa hina lagi....merasa tidak berguna lagi..

Kerana....DIA akan membantumu....jika dirimu sentiasa ingat memohon pertolongan bantuanNYA..pertolonganNYA...

DIA itu..ialah...

ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG..

dan pasti akan berlaku adil terhadap hamba2nya..

Tidak kiralah..agama manakah..warna kulit apakah..bangsa apakah...keturunan siapakah...bagaimana dirinyakah...

DIA AKAN MEMBANTU KITA SAAT SUSAH DAN SENANG..

Yakinlah dengan JANJINYA terhadap hamba2nya.. itu...

amin ya rabballamin..

Wednesday, June 8, 2011

KRISKK

Alhamdulillah..Bersyukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurniaanya jua maka KRISKK telah berakhir dengan jayanya...
Program ini ini telah berlangsung selama 3hari 2 malam di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang..

Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua Peserta kerana sudi meluangkan masa bersama kami(PERSATUAN SISWAZAH DAN KELAB REMAJA UKHUWWAH) dalam KRISKK tahun ini..Tanpa Kalian semua,Takkan berjayalah KRISKK kali ini..





Semangat peserta Muslimat menegakkan menyanyikan lagu tema


Majlis Penutupan diakhiri dengan Sambutan Ulangtahun Fasi/Ajk/Peserta yang menyambut hari lahir pada bulan JUN


Ampun dan maaf kepada semua kerana ana tak dapat nak upload semua pic semasa program disebabkan hal2 tertentu..Bagi Peserta yang nak dapatkan gambar/montaj KRISKK bolehlah berhubung dengan PIC masing-masing atau bolehlah berhubung terus dengan saudara Fanshuri/Fadlan di Facebooknya..

Sebelum ana terlupa,ana juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua FC/AJK/peserta d atas kerjasama yang diberikan semasa berprogram..Ampun dan maaf dipinta jika ada kekurangan semasa berprogram..Insyallah segala kelemahan itu akan kita perbaiki bersama..Muhasabah diri kita kembali....

Ana akhiri blog kali ini dengan lagu tema KRISKK (HambaMU)


[TUK UMP:A.ZIZUl(penasihat),A.ZAIEM(k.unit),A.AZMEER & U.IMAH(Unit2 khas),U.DAYAH(Timb.)..Terima kasih kerana mmberi peluang kepada ana utk berkerjasama dengan antum semua :)]



Saturday, May 14, 2011

Tuesday, March 15, 2011

HEBATKAH KITA?

Assalamualaikum wbt..

Setiap insan dah tentu bercita-cita untuk menjadi hebat, malahan ada yang cemburu kerana kagum terhadap orang-orang yang hebat. Hebat mungkin sesuatu yang subjektif, namun apa yang ingin dibincagkan di sini ialah kehebatan IMAN kita apabila mencintai Allah S.W.T.

Sesungguhnya, orang yang jiwanya benar-benar cinta kepada Allah itu berbeza dengan orang yang hanya tahu tentang Allah. Tahu kewujudannya, tahu Allah yang menciptakan segalanya. Orang yang benar-benar cinta kepada Allah akan sentiasa bersedia untuk melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi apa yang dilarang-Nya, sekalipun dilingkungi dengan pelbagai kesukaran dan cabaran.

Bagaimana untuk kita melahirkan rasa CINTA itu?

Adapun, orang yang bercita-cita mahu mencintai Allah merasakan tidak cukup dengan hanya mengetahui dalil-dalil tentang kewujudan dan kebesaran Allah, namun lebih dari itu. Mereka akan sentiasa memikirkan kehebatan ciptaan-Nya serta tadabbur hingga tumbuh rasa cinta di dalam hati. Ini dipanggil 'khawash', iaitu mengenali Allah S.W.T melalui rasa hati secara mendalam. Apa sahaja yang dilihat di alam maya dirasai oleh hati bahawa Allah adalah penciptanya. Lantas apabila melihat keindahan alam, hati terus berbisik "Lebih indah lagi Syurga Allah." Apabila merasa lazatnya makanan, hati berbisik "Lebih lazat lagi makanan di Syurga Allah.." Dan jika merasai kesengsaraan atau kesakitan di dunia, hatinya mengingatkan bahawa lebih dahsyat lagi seksa di akhirat.

Orang yang beriman melalui hati yang amat mencintai Allah disebut "Syighaful Qalbi", iaitu orang yang fikiran dan hatinya hanya untuk Allah. Mereka sudah mencapai tahap mahabbatillah yang lebih tinggi dari tahap 'khawash', iaitu tahap 'khawasul khawash' dan Nabi Muhammad sendiri adalah contoh terbaik yang telah mencapai tahap kecintaan ini.

Belajar tentang CINTA melalui Sirah

Sekembalinya Nabi Muhammad S.A.W. dari Isra' Mikraj, baginda bertemu sepupunya Ummi Hani. Baginda menceritakan segala peristiwa Isra' Mikraj kepadanya dan Ummi Hani menggelengkan kepala dengan rasa hairan dan sedih terhadap cerita yang disampaikan oleh baginda Rasulullah S.A.W.

Baginda S.A.W. berhasrat untuk memberitahu penduduk Makkah tentang peristiwa agung itu, namun Ummu Hani meminta baginda membatalkan hasratnya itu. Menurutnya, jika sebelum peristiwa Isra' Mikraj sudah ramai penduduk Makkah membenci Rasulullah, apatah lagi setelah Baginda menghebahkan cerita Isra' Mikraj itu. Pastinya akan menambahkan lagi kebencian orang ramai terhadap Nabi.

Namun, bagi seorang rasul yang hatinya sentiasa sarat dengan rasa cinta yang mendalam terhadap Allah S.W.T., maka baginda tidak mempedulikan apa juga gertakan, ancaman dan kebencian manusia terhadapnya. Baginda merasakan ianya suatu KEWAJIPAN bagi dirinya untuk menyampaikan sesuatu daripada Allah kepada umatnya, dan itulah bukti kecintaan baginda kepada Allah S.W.T.

Muhasabah: Hebat, Cinta, Taqwa

Hebatnya penangan CINTA yang sebenar-benar cinta, iaitu kepada ALLAH, Tuhan pentadbir sekalian alam. Dengan mahabbatillah (cinta kepada Allah), kita akan menjadi hebat. Mungkin tidak di mata sesetengah manusia, namun hebat di pandangan Dia, dan untuk menjadi hebat atau mulia di sisi Allah, hanyalah dengan TAQWA, yang pastinya tidak dapat dipisahkan dengan CINTA kepada Allah. Mari kita hayati firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13:



Maksudnya:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Akhir Kalam, marilah kita sama-sama kita memburu cinta Allah. Wallahu a'lam.

Saturday, February 19, 2011

12 Rabiul Awwal

Assalamualaikum WBT.....

Rasanya masih belum terlewat tuk saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat saudara smua Kaum mulimin dan muslimat.Alhamdulillah kita masih d beri kesempatan untuk menyambut Maulid Nabi iaitu kelahiran nabi junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W.Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada hari isnin bersamaan dengan 12 Rabiul Awwal tahun Gajah(20 April 571M) di Makkah.

Sambutan Mualidur Rasul bagi umat Islam di negara kita,merupakan diantara hari kebesaran Islam yang dijadikan sebagai acara rasmi dalam kalendar negara kita.Mungkin ada diantara kita yang menganggap menyambut sambutan Maulidur Rasul adalah satu perkara yang bida`ah.Bida`ah bererti sesuatu yang tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah tetapi diada-adakan oleh umat islam.Walaubagimanaupun bida`ah tebahagi kepada 2,iaitu bida`ah hasanah (baik) dan bida`ah saiyyiah (buruk). Bagi pendapat saya sendiri Menyambut Maulidur Rasul adalah adalah satu bida`ah yang baik(hasanah).

Tujuan kita menyambut Maulidur Rasul adalah untuk menyemai rasa cinta kepada junjungan besar kita,Nabi Muhammd s.a.w dan bukan hanya sekadar berarak keliling kampung,bawa sepanduk yang cantik.Selain itu ,kita juga akan berselawat ke atas junjungan rasul .Bukankah itu satu amalan yang mulia ?. nak-nak pula jika dialunkan dengan penuh merdu dan syahdu ia pasti akan menyentuh persaan kita dan tidak mustahil, ia mampu mencairkan segunung kesombongan diri dan menundukkan sebongkah keegoaan selama ini, untuk kembali sujud dan bertafakur kepada Allah SWT.
Semoga dengan sambutan Maulidur Rasul ini,kita akan lebih mengenali Rasululullah s.a.w dan kita dpat mengamalkan segala sunahnya...Skian,Wassalam...

Thursday, January 6, 2011

Januari 2011

Mengimbas kembali peristiwa yang telah berlaku pada bulan Januari 2011....


01/01/2011
Majlis Perkahwinan abg tercinta







03/01/2011
-Sesi persekolahan bagi sesi 2011 bermula

08/01/2011-09/01/2011
-Qiamulail Perdana





13/01/2011
-Majlis Perpisahan

17/01/2011
-Hari Maktab Sabah yang ke 54thn

22/01/2011
-Merentas Desa Maktab Sabah

28/01/2011-29/01/2011
-Program Citra PPIM @Tabung Haji
(Penutup bagi aktiviti bulan januari)


*Alhamdulillah sgala aktiviti berjalan dgn lancar...Terima Kasih kepada pihak yang terlibat dalam membantu mengurus Majlis Perkahwinan Abg saya terutamanya pihak keluarga,Jiran tetangga,IKBN,JBS,KRU dan semua yang terlibat...

*Kesimpulan drpd bbrapa aktiviti yang telah d jalankan pada bulan ini:Hidup perlulah berkerjasama.Tanpa kerjasama ,kita tidak akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan sempurna.

Sekian..Wasalam....:)