Saturday, February 19, 2011

12 Rabiul Awwal

Assalamualaikum WBT.....

Rasanya masih belum terlewat tuk saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat saudara smua Kaum mulimin dan muslimat.Alhamdulillah kita masih d beri kesempatan untuk menyambut Maulid Nabi iaitu kelahiran nabi junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W.Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada hari isnin bersamaan dengan 12 Rabiul Awwal tahun Gajah(20 April 571M) di Makkah.

Sambutan Mualidur Rasul bagi umat Islam di negara kita,merupakan diantara hari kebesaran Islam yang dijadikan sebagai acara rasmi dalam kalendar negara kita.Mungkin ada diantara kita yang menganggap menyambut sambutan Maulidur Rasul adalah satu perkara yang bida`ah.Bida`ah bererti sesuatu yang tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah tetapi diada-adakan oleh umat islam.Walaubagimanaupun bida`ah tebahagi kepada 2,iaitu bida`ah hasanah (baik) dan bida`ah saiyyiah (buruk). Bagi pendapat saya sendiri Menyambut Maulidur Rasul adalah adalah satu bida`ah yang baik(hasanah).

Tujuan kita menyambut Maulidur Rasul adalah untuk menyemai rasa cinta kepada junjungan besar kita,Nabi Muhammd s.a.w dan bukan hanya sekadar berarak keliling kampung,bawa sepanduk yang cantik.Selain itu ,kita juga akan berselawat ke atas junjungan rasul .Bukankah itu satu amalan yang mulia ?. nak-nak pula jika dialunkan dengan penuh merdu dan syahdu ia pasti akan menyentuh persaan kita dan tidak mustahil, ia mampu mencairkan segunung kesombongan diri dan menundukkan sebongkah keegoaan selama ini, untuk kembali sujud dan bertafakur kepada Allah SWT.
Semoga dengan sambutan Maulidur Rasul ini,kita akan lebih mengenali Rasululullah s.a.w dan kita dpat mengamalkan segala sunahnya...Skian,Wassalam...