Assalamualaikum wbt.....Alhamdulillah..D ptg jumaat yg mulia ini dpt juga saya mengupdatekan blog ni...Em..So,topik tuk kali ni ialah ttg menutup aurat..Saya mmilih topik ni tuk d bicarakan krn sejak akhir2 ni ramai wanita tidak istiqamah dlm mgunakan tudung...Pelbagai alasan2 yg x munasabah yg d berikan .......Antara alasan2 yg sering d berikan ialah(Ni kiranya alasan yg popular):
1. Menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah. Tapi dlm masa yang sama mereka tidak fikirkan betapa panasnya lagi api neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang hanya sementara. Em..Tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni, diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. SO, kenapa mereka boleh, saudari2 pulak kata tak boleh?
2. Ada plak bbrapa insan yg berpendapat, orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya. Jadi, adakah itu alasannya untuk kita tidak memakai tudung?.. so, adakah saudari2 tu dah baik sangat ?. Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Actually, dalam kehidupan sebagai seorang islam, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH ... Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH SWT. Adakah kita sudah cukup baik di sisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita?Sbagai cnthnya,saudari boleh b kata,pakai tudung ttapi mulut jahat,buat perkara jahat. Namun dlm masa yang sama kita kenalah faham. dia pakai tudung dan menurut perintah Allah. Hanya sikapnya lebih kurang spt saudari.Tak faham erti sebenar kenapa anda ni dijadikan dalam dunia ni.nak jadi HAMBA ALLAH atau HAMBA DUNIA?. tak malu menegakkan dalil sndiri,padahal dah Allah tetapkan dan turunkan pakaian yg elok2 utk saudari. kenapa mengingkar.mmg andalah manusia yg tak tahu erti syukur dicipta tu ape, malah blh pulak buat alasan pada Allah yg anda lagi baik dari org pakai tudung?mmg tak reti diuntung pada Sang Pencipta lah saudari ni..
3. Alsan yg ke3, ada juga di kalangan mereka yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup. Tapi, alasan yg d beri sgt mgecewakan,alasanya belum sampai serulah nak tutup aurat. Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak . Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak yer. Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu,..Tidakkan?? pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah... Ade ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati jerk? Belum sampai seru juga membawa maksud, hidayah belum sampai. Emmm, persoalannya, dah kalau saudari2 tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? Dah kalau hidup sudari pun sukakan kepada perkara yang melanggar kpd printah ALLAH ada ker hidayah tu nak datang dekat pada diri kita?
4. Lagi, mereka merasakan mereka sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang mereka tampilkan. Mereka fikir, itulah gaya yang up to date dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah anda adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Hei, anda janganlah nak memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa nak ikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan). Tahu tak?Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itu tidak cantik! So, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan ALLAH dan ianya merupakan kesalahan yang amat-amat besar! Dan ketahuilah bahawa, disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak ALLAH. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah. bila anda menghina ciptaan ALLAH tu, anda renung diri anda dalam cermin balik. siapa yang cipta anda? kalau anda percaya ALLAH yang cipta anda, maka yg anda hina tadi termasuklah anda sekali. seronok menghina diri sendiri ye....
5. Ada plak org kata"Orang yang hebat-hebat spt menteri, professor, doktor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung kenapa mesti saya pakai tudung?" Masyallah...kenapa sudari nak tengok kepada title dan darjat? Kenapa saudari tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa saudari tak kaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama? saudari2 yakin ke, hanya dengan title professor, darjat, menteri dan sebagainya, dapat membawa kita kepada keredhaan ALLAH sedangkan kita tak peduli dengan perintah ALLAH dan sentiasa melanggar larangan-NYA tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran.Nnti kat akhirat bkn mereka-mereka tu yang bagi syafaat pada sudari ttapi Allah SWT. kalau yg bertitle tu tak pakai tudung saudari ikut. jadi kalau mereka terjun masuk neraka sudari nak ikut gak ke?
6. Kkdg ada gak golongan yang mmg tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, "Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk? Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!" .Kalau dah sampai tahap ni memang saya pun x tahulah nak kata apa.Hanya dirinya sendiri yg mmpu utk mgubah persepsi hidupnya..
Sama-samalah saya, anda atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan kita. Fikir-fikirkanlah...
*Penutupnya(ada plak putupnya..rasa mcm buat krgn la plak.hehe)Saya ingin mmohon ampun dan maaf jika ada yg tsinggung dgn apa yg saya tuliskan dblog ni...Tidak ada niat nk menyinggung prasaan ssape.Saya ni hanya lah hamba Allah yang lemah..dan saya hanya bkongsi ilmu/cite/pndgn....